Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
H - Hubungan. Seperti nefron di dalam sel otak kita, ianya menjalin hubungan di antara satu sama lain untuk mewujudkan kekuatan di dalam memori kita. Dengan kekuatan memori itulah kita berupaya untuk berfikir dan bertindak dengan cekap.
Hubungan juga merupakan satu jalinan. Jalinan yang mengukuhkan perhubungan di antara satu sama lain. Jalinan itu perlu di pupuk dan di baja agar sentiasa segar dan mampu mengembangkan kehidupan kita. Hubungan perlu sentiasa di rapatkan demi satu perpaduan umah untuk mencapai kepersefahaman, keharmonian dan seterusnya mencipta kejayaan atau kecemerlangan di dalam kehidupan kita.
Kecemerlangan kita adalah sebahagian kecemerlangan masyarakat kita. Dan masyarakat yang cemerlang adalah asas kecemerlangan Negara kita. Tiga elemen penting untuk mencapai kecemerlangan itu, iaitu:
1. Rapatkan hubungan kita kepada tuhan dan sesama insan.
2. Segala yang kita lakukan hendaklah tidak menjejaskan hak orang lain.
3. Segala yang kita lakukan tidaklah merosakkan alam sekitar.
Ramai di antara kita terlepas pandang akan tiga perkara di atas. Kebanyakkannya berpunca dari sikap ‘tak apa’ atau sambil lewa sahaja. Sikap mengambil mudah itulah yang kebanyakkannya merosakan jalinan kemasyarakatan kita. Sepatutnya kita mudah mempermudahkan segala urusan, bukan mengambil mudah sahaja. Mungkin juga kita terlupa atau tidak menghayati slogan ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Sikap mementingkan ‘keperluan diri sendiri’ itulah yang sering menjerumuskan kita kekancah perbalahan dan seterusnya merosakan jalinan perhubungan itu.
Memanglah kita tidak boleh memuaskan semua pihak. Haruslah di ingat bahawa menjalin hubungan sesama insan tidak sama seperti perhubungan kita dengan computer atau mesin. Komputer atau mesin, apabila sudah di laraskan, dengan hanya menekan satu butang sahaja ia akan mengikut apa yang telah kita laraskan. Tetapi tidak sama dengan manusia. Manusia yang mempunyai akal akan banyak bersoal jawab atau berteka teki. Sikap inilah yang akan menimbulkan pelbagai prepepsi umum. Masing-masing mempunyai acuan masing masing. Mereka akan mengatakan ‘merekalah yang paling benar’, dan akhirnya mencetuskan perbalahan. Berperasangka baiklah sesama insan. Apabila berlakunya perbalahan, bagaimanakah kita boleh memupuk perpaduan dan seterusnya menjalinkan perhubungan yang baik.
Hargailah setiap hubungan yang ada di antara kita. Insyaallah kemajuan itu akan lebih mudah dicapai. Hargailah hubungan suami isteri / keluarga, sesama rakan sekerja / majikan/ pekerja, jiran tetanga, rakan sebaya terutama mereka yang lebih tua dan sebagainya.
Maaf-memaafkanlah demi satu hubungan yang utuh. Fikirkanlah bahawa perkara perkara asas itu adalah teramat penting untuk memastikan perhubungan baik itu tidak tercalar. Kita mempunyai anak-anak yang bakal menjadi pewaris untuk mengekalkan jalinan hubungan itu. Ingatlah, sikap kita hari ini boleh mempengaruhi generasi pewaris kita.
Insyaallah.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
27 Febuari 2010
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Saturday, February 27, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment