Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Kalaulah…..
Kalaulah,
‘baling batu sembunyi tangan,’
janganlah,
‘berlindung di sebalik lalang sehelai,’
kerana,
membaling dengan menggunakan teknologi, pembalingnya akan dikenal pasti melalui teknologi juga.
Kalaulah,
‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,’
janganlah,
‘mencurah garam kedalam laut,’
kerana,
ikan yang dilaut itu, walau hidup di air masin, tetap tawar isinya, garam tetap dicari untuk mendapatkan rasa isinya.
Kalaulah,
‘orang memberi susu, mengapa dibalas tuba,’
Janganlah,
‘ayam menang kampong tergadai,’
Kerana,
Orang berakal, mesti berfikir. Dan orang berfikir, tidak akan fakir. Orang fakir tak akan mungkir. Dan orang mungkir adalah munafik.
Kalaulah,
‘berpijak biarlah dibumi nyata,’
janganlah,
‘tak pandai menari, dikatanya papan yang jongkang-jongket,’
Kerana,
Tak salah kita berperi, tak salah kita memberi. Cuma yang diperi atau diberi itu bak kera mendapat bunga, bak sikudung mendapat cincin, akhirnya yang diperi atau diberi akan seperti sibuta kehilangan tongkat.
Kalaulah,
‘yang berat sama dipikul, yang rengan sama dijinjing, hati kuman sama dilapa’h.
Tidak akanlah,
‘tidak dapat tanduk telinga dipulas, marahkan nyamuk kelambu dibakar, mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan, burung yang terbang dipipiskan lada.
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
02. Febuarary 2010.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment