Tuesday, March 2, 2010

Hidup Dan Kehidupan (Bahagian Empat)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.


I – Impian.

Saya yakin setiap dari kita mempunyai impian tertentu untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Tidak kiralah samada impian kita itu untuk diri kita, keluarga, organisasi tempat kita bekerja, di kawasan kediaman kita dan sebagainya. Siapakah yang tidak menginginkan untuk mempunyai kereta mewah, kediaman yang selesa, keluarga bahagia, kampung atau taman perumahan contoh, organisasi terbaikdan sebagainya. Impian ini juga tidak terbatas, dari seorang anak kecil, hinggalah mereka yang telah pun dewasa.

Impian adalah gambaran di dalam peta minda kita. Impian juga boleh di kaitan dengan kehendak naluri kita. Untuk mencapai kehidupan yang membanggakan, tidak hairanlah jika kita sering di dedahkan dengan perkataan ‘impian menjadi kenyataan,’ ‘merealisasikan impian anda’ dan pelbagai lagi cogankata mengenai impian.

Impian adalah kehendak naluri kita atau asas utama memperkembangkan kehidupan kita. Impian juga merupakan cetusan idea, kemudian impian itu cuba di lakarkan di atas sekeping kertas atau di paparan komputer anda. Dari lakaran inilah kita mula melakukan atau mengariskan perancangan kita.

Jika kita kaitkan impian dengan angan-angan satu cerita rakyat, Mat Jenin, seorang budak kampung yang miskin yang berangan angan untuk berkahwin dengan seorang puteri raja kemudianya menemui ajal ketika memanjat pokok kelapa, memang terdapat persamaan. Jalan cerita ‘angan-angan Mat Jenin’ itu baik. Ia meningkat satu demi satu. Tetapi kesilapannya adalah ketika mana Mat Jenin itu berangan angan. Mana kala impian juga mempunyai jalan cerita yang bermula dengan idea di dalam peta minda kita dan kemudiannya di lakarkan, serta di ikuti dengan beberapa langkah tertentu. Saya yakin di dalam catatan atau lakaran itu sudah tentunya terdapat peratusan perancangan. Maksudnya, sebagai contoh, apakah yang akan kita perolehi pada bulan ini, bulan depan, tahun depan dan seterusnya.

Beza di antara impian dan angan-angan adalah, Impian, berlaku sebelum kita memulakan satu usaha itu, manakala angan-angan berlaku semasa kita sedang menjalankan sesuatu kerja itu. Apabila kita mempunyai sebarang impian, lakarkanlah impian kita itu dengan sejelas-jelasnya. Sebagai contoh, jika kita mempunyai impian untuk mempunyai sebuah kereta mewah, gariskan impian kita itu dengan jelas, seperti, jenis atau model kereta itu, harganya, warnanya, hiasan dalamanya dan sebagainya. Sebaik-baiknya cubalah dapatkan gambar kereta mewah itu dan tampalkan dimana-mana bahagian yang kita boleh melihatnya dengan jelas. Dan jangan lupa, catatkan beberapa garis panduan yang perlu kita ikuti untuk mencapai impian kita itu.

Untuk memastikan segala impian kita menjadi kenyataan, beberapa langkah tertentu mesti kita lakukan. Jika langkah itu kita tinggalkan, maka impian kita akan menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja. Kita juga mesti memberi tumpuan kepada impian kita itu sebelum ianya musnah dan menjadi angan-angan sahaja.

Selain dari memberi tumpuan atau fokus kepada impian kita itu langkah-langkah seterusnya akan saya dedahkan pada catatan saya yang akan datang.

Jumpa lagi. Insyaallah.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
02 March 2010
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment