Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
H - Hubungan. Seperti nefron di dalam sel otak kita, ianya menjalin hubungan di antara satu sama lain untuk mewujudkan kekuatan di dalam memori kita. Dengan kekuatan memori itulah kita berupaya untuk berfikir dan bertindak dengan cekap.
Hubungan juga merupakan satu jalinan. Jalinan yang mengukuhkan perhubungan di antara satu sama lain. Jalinan itu perlu di pupuk dan di baja agar sentiasa segar dan mampu mengembangkan kehidupan kita. Hubungan perlu sentiasa di rapatkan demi satu perpaduan umah untuk mencapai kepersefahaman, keharmonian dan seterusnya mencipta kejayaan atau kecemerlangan di dalam kehidupan kita.
Kecemerlangan kita adalah sebahagian kecemerlangan masyarakat kita. Dan masyarakat yang cemerlang adalah asas kecemerlangan Negara kita. Tiga elemen penting untuk mencapai kecemerlangan itu, iaitu:
1. Rapatkan hubungan kita kepada tuhan dan sesama insan.
2. Segala yang kita lakukan hendaklah tidak menjejaskan hak orang lain.
3. Segala yang kita lakukan tidaklah merosakkan alam sekitar.
Ramai di antara kita terlepas pandang akan tiga perkara di atas. Kebanyakkannya berpunca dari sikap ‘tak apa’ atau sambil lewa sahaja. Sikap mengambil mudah itulah yang kebanyakkannya merosakan jalinan kemasyarakatan kita. Sepatutnya kita mudah mempermudahkan segala urusan, bukan mengambil mudah sahaja. Mungkin juga kita terlupa atau tidak menghayati slogan ‘bersatu teguh bercerai roboh’. Sikap mementingkan ‘keperluan diri sendiri’ itulah yang sering menjerumuskan kita kekancah perbalahan dan seterusnya merosakan jalinan perhubungan itu.
Memanglah kita tidak boleh memuaskan semua pihak. Haruslah di ingat bahawa menjalin hubungan sesama insan tidak sama seperti perhubungan kita dengan computer atau mesin. Komputer atau mesin, apabila sudah di laraskan, dengan hanya menekan satu butang sahaja ia akan mengikut apa yang telah kita laraskan. Tetapi tidak sama dengan manusia. Manusia yang mempunyai akal akan banyak bersoal jawab atau berteka teki. Sikap inilah yang akan menimbulkan pelbagai prepepsi umum. Masing-masing mempunyai acuan masing masing. Mereka akan mengatakan ‘merekalah yang paling benar’, dan akhirnya mencetuskan perbalahan. Berperasangka baiklah sesama insan. Apabila berlakunya perbalahan, bagaimanakah kita boleh memupuk perpaduan dan seterusnya menjalinkan perhubungan yang baik.
Hargailah setiap hubungan yang ada di antara kita. Insyaallah kemajuan itu akan lebih mudah dicapai. Hargailah hubungan suami isteri / keluarga, sesama rakan sekerja / majikan/ pekerja, jiran tetanga, rakan sebaya terutama mereka yang lebih tua dan sebagainya.
Maaf-memaafkanlah demi satu hubungan yang utuh. Fikirkanlah bahawa perkara perkara asas itu adalah teramat penting untuk memastikan perhubungan baik itu tidak tercalar. Kita mempunyai anak-anak yang bakal menjadi pewaris untuk mengekalkan jalinan hubungan itu. Ingatlah, sikap kita hari ini boleh mempengaruhi generasi pewaris kita.
Insyaallah.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
27 Febuari 2010
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Saturday, February 27, 2010
Monday, February 22, 2010
Hidup Dan Kehidupan (Dua)
Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Di dalam kehidupan kita seharian, ada di antara kita membezakan kehidupan antara satu dan lain, miskin dan kaya, cantik dan buruk, peramah dan sombong serta banyak lagi dan mungkin terlalu panjang untuk di catitkan di sini.
Mengapakah perbezaan itu wujud? Adakah kita merasa iri kerana kawan kita itu memang di lahirkan di kalangan keluarga kaya? Adakah kita merasa rendah diri apabila rakan kita itu memang di lahirkan dari golongan ternama? Adakah kita merasa bangga kerana kita di lahirkan dari golongan bangsawan? Adakah kita merasakan terlalu kecil dan kerdil kerana kita di lahirkan sebagai OKU?
Sebenarnya itu semua bukanlah persoalannya. Dan persoalan utama kita adalah bagaimanakah kehidupan kita. Adakah hidup kita ini benar-benar ‘hidup’ atau kita ini ‘lumpuh’ atau ‘koma’.
Mari kita lihat mereka yang lumpuh atau koma. Mereka itu masih hidup. Mereka masih bernafas. Mereka masih memerlukan makanan, pakaian, tempat perlindungan dan sebagainya. Malah mereka juga masih memerlukan seseorang di sisi mereka untuk menemani mereka dan menghulurkan bantuan.
Berhenti sejenak di sini, bertafakurlah selama seminit, dan tarik nafas sedalam yang boleh dan fikirkanlah.
Terima kasih.
Ya, kita masih boleh bernafas. Dan yang pastinya kita masih boleh lagi bergerak. Keperluan asas kita adalah sama dengan mereka yang lumpuh atau koma itu. Bezanya kehidupan kita dan kehidupan mereka berbeza. Mereka hanya terlantar dan kita bebas bergerak kesana dan kemari. Dan kehidupan kita benar benar ‘hidup’ jika di bandingkan dengan mereka yang terlantar itu. Tetapi adakah kehidupan kita itu membangun atau berkembang?
Cukupkah sekadar kita boleh bangun dan duduk, saiz pinggang dari 26 ke 38? Orang lain sudah pun sampai ke bulan dan kita hanya memerhatikan dan berseronok bercerita tentang kejayaan orang lain. Tidak ubah seperti katak di bawah mangkuk kaca. Orang lain bertukar kereta dari 660cc bertukar ke 1300cc dan terus bertukar ke3000cc. Dari tinggal menyewa di rumah pangsa, ke rumah teres. Dari rumah teres ke apartment. Dari apartment ke bungalow dan sebagainya sedangkan kita masih atau hanya bertukar cawan kopi dari cawan ke cawan, dari satu gerai ke satu gerai. Menumpang dari satu motorsikal kawan ke motokar kawan. Atau adakah kita sudah merasakan diri kita hebat dengan mengeluarkan wang tunai membelanja kawan minum.
Tidak ramai di antara kita sedar bahawa, orang miskin dapat memegang wang tunai. Orang miskin dapat melihat wang tunai. Sedangkan orang kaya hanya dapat melihat angka yang berdigit-digit di dalam akaun bank mereka dan membawa ‘wang plastik’ bersama mereka.
Renungkanlah sejenak.
Renungkanlah di mana kebenarannya kata-kata saya tadi. Untuk merungkaikan ‘hidup dan kehidupan’, saya akan cuba merungkaikan lima aspek di posting saya yang akan datang. Janganlah jemu untuk terus membaca untuk renungan kita bersama.
Insyaallah, berjumpa lagi.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
23 Februari 2010.

Saturday, February 20, 2010
Hidup Dan Kehidupan
Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Apabila kita meneliti tajuk di atas, apakah yang terfikir di dalam fikiran kita? Atau mungkinkah ia hanya sebaris ayat penyedap rasa atau penyedap kata di dalam kehidupan seharian kita sahaja.
Hidup, saya yakin kita semua masih hidup ketika membaca tulisan ini. Ya, kita masih lagi bernafas, sebab itulah kita semua masih hidup Tetapi, apakah yang kita cari di dalam kehidupan kita ini? Adakah cukup sekadar mencari rezeki atau sumber kewangan, kawan atau rakan yang sama ketawa dan menangis, kawan atau rakan yang sama berpanas di tengah padang golf, kawan atau rakan yang sama riuh rendah di kantin pejabat atau sebagainya.
Sebagai insan yang masih hidup, kita juga memerlukan pelbagai keperluan asas untuk meneruskan kehidupan kita. Kita memerlukan tempat tinggal, kita memerlukan pakaian, kita memerlukan makanan, kita memerlukan keluarga, kita memerlukan kawan dan rakan dan sebagainya. Tetapi adakah kita boleh membezakan di antara keperluan dan kehendak?
Keperluan, mungkin sekadar seada-adanya atau ala kadar sahaja. Manakala, kehendak mungkin juga seolah-olah bermewah-mewah, menunjuk-menunjuk atau demi untuk gaya dan status. Di dalam perjalanan hidup kita ini, bagaimanakah kita meniti kehidupan kita? Adakah kita melaluinya berlandaskan norma-norma kehidupan manusia sejagat, mengikut hukum alam, mengikut hukum agama anutan kita, mengikut hukum Negara kita, mengikut hukum bermasyarakat atau kita menganggap bahawa kesemua hukum itu adalah hukuman yang membataskan kebebasan kita.
Saya pernah berkata di dalam satu perbincangan, ’jalan ke syurga bengkang bengkok, dan jalan ke neraka adalah lurus.’ Saya di tempelak, dan ada yang meminta saya beristigfar dan kembali ke pangkal jalan. Namun, saya terus berkeras dan tidak akan kembali ke pangkal jalan. Lalu saya terangkan maksud perkataan saya itu.
‘Ya. Jalan menuju ke syurga adalah bengkang bengkok dan berliku. Kerana, apabila kita berjumpa laranganNya, kita mesti membelok dan meninggalkannya. Kita mesti meninggalkan larangan tuhan. Sehingga hari ini, sudah berapa kalikah kita membelok apa bila terjumpa larangan agama, larangan atau undang-undang Negara, adap hidup berkawan dan bermasyarakat dan beberapa larangan lain. Tidakkah apabila kita melanggar larangan-larangan itu, boleh mengakibatkan kita di timpa kesusahan atau mendapat balasan di akhirat nanti? Sebab itulah saya mengatakan jalan ke neraka adalah lurus.’
Saya yakin, kita semua ingin hidup lama. Tidak seorang pun di antara kita ingin mati. Tanpa kita sedar, mengingati ‘kematian’ sahaja kita sudah mendapat pahala. Saya juga yakin, apa bila kita mati nanti, kita ingin berada di syurga. Tak ramai juga sedar, syarat utama untuk kita ke syurga ialah kita mesti mati dahulu. Dan di samping itu kita mesti membawa bekalan (pahala) yang cukup untuk membolehkan kita tinggal di syurga nanti. Rasanya tidak perlu saya huraikan bagaimana caranya untuk kita mendapatkan pahala itu. Ingatlah, ‘mati itu wajib dan hidup, insyaallah.’
Itu di akhirat, atau kehidupan kita sesudah mati. Bagaimana pula dengan kehidupan kita di dunia ini? Adakah kehidupan kita ini hanya sekadar hidup, boleh bernafas, boleh makan, boleh minum dan sebagainya? Adakah kita membangun? Adakah kehidupan kita ini seperti sampan yang di hanyutkan arus sungai tanpa di kayuh atau di kemudikan?
Kita jumpa lagi di catatan yang akan datang.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
20 Feburari 2010.

Tuesday, February 2, 2010
Kalaulah...
Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Kalaulah…..
Kalaulah,
‘baling batu sembunyi tangan,’
janganlah,
‘berlindung di sebalik lalang sehelai,’
kerana,
membaling dengan menggunakan teknologi, pembalingnya akan dikenal pasti melalui teknologi juga.
Kalaulah,
‘kerana nila setitik, rosak susu sebelanga,’
janganlah,
‘mencurah garam kedalam laut,’
kerana,
ikan yang dilaut itu, walau hidup di air masin, tetap tawar isinya, garam tetap dicari untuk mendapatkan rasa isinya.
Kalaulah,
‘orang memberi susu, mengapa dibalas tuba,’
Janganlah,
‘ayam menang kampong tergadai,’
Kerana,
Orang berakal, mesti berfikir. Dan orang berfikir, tidak akan fakir. Orang fakir tak akan mungkir. Dan orang mungkir adalah munafik.
Kalaulah,
‘berpijak biarlah dibumi nyata,’
janganlah,
‘tak pandai menari, dikatanya papan yang jongkang-jongket,’
Kerana,
Tak salah kita berperi, tak salah kita memberi. Cuma yang diperi atau diberi itu bak kera mendapat bunga, bak sikudung mendapat cincin, akhirnya yang diperi atau diberi akan seperti sibuta kehilangan tongkat.
Kalaulah,
‘yang berat sama dipikul, yang rengan sama dijinjing, hati kuman sama dilapa’h.
Tidak akanlah,
‘tidak dapat tanduk telinga dipulas, marahkan nyamuk kelambu dibakar, mendengar guruh dilangit air tempayan dicurahkan, burung yang terbang dipipiskan lada.
Orang berbudi kita berbahasa. Orang memberi kita merasa.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
02. Febuarary 2010.

Subscribe to:
Posts (Atom)