Monday, February 22, 2010

Hidup Dan Kehidupan (Dua)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Di dalam kehidupan kita seharian, ada di antara kita membezakan kehidupan antara satu dan lain, miskin dan kaya, cantik dan buruk, peramah dan sombong serta banyak lagi dan mungkin terlalu panjang untuk di catitkan di sini.

Mengapakah perbezaan itu wujud? Adakah kita merasa iri kerana kawan kita itu memang di lahirkan di kalangan keluarga kaya? Adakah kita merasa rendah diri apabila rakan kita itu memang di lahirkan dari golongan ternama? Adakah kita merasa bangga kerana kita di lahirkan dari golongan bangsawan? Adakah kita merasakan terlalu kecil dan kerdil kerana kita di lahirkan sebagai OKU?

Sebenarnya itu semua bukanlah persoalannya. Dan persoalan utama kita adalah bagaimanakah kehidupan kita. Adakah hidup kita ini benar-benar ‘hidup’ atau kita ini ‘lumpuh’ atau ‘koma’.

Mari kita lihat mereka yang lumpuh atau koma. Mereka itu masih hidup. Mereka masih bernafas. Mereka masih memerlukan makanan, pakaian, tempat perlindungan dan sebagainya. Malah mereka juga masih memerlukan seseorang di sisi mereka untuk menemani mereka dan menghulurkan bantuan.

Berhenti sejenak di sini, bertafakurlah selama seminit, dan tarik nafas sedalam yang boleh dan fikirkanlah.

Terima kasih.

Ya, kita masih boleh bernafas. Dan yang pastinya kita masih boleh lagi bergerak. Keperluan asas kita adalah sama dengan mereka yang lumpuh atau koma itu. Bezanya kehidupan kita dan kehidupan mereka berbeza. Mereka hanya terlantar dan kita bebas bergerak kesana dan kemari. Dan kehidupan kita benar benar ‘hidup’ jika di bandingkan dengan mereka yang terlantar itu. Tetapi adakah kehidupan kita itu membangun atau berkembang?

Cukupkah sekadar kita boleh bangun dan duduk, saiz pinggang dari 26 ke 38? Orang lain sudah pun sampai ke bulan dan kita hanya memerhatikan dan berseronok bercerita tentang kejayaan orang lain. Tidak ubah seperti katak di bawah mangkuk kaca. Orang lain bertukar kereta dari 660cc bertukar ke 1300cc dan terus bertukar ke3000cc. Dari tinggal menyewa di rumah pangsa, ke rumah teres. Dari rumah teres ke apartment. Dari apartment ke bungalow dan sebagainya sedangkan kita masih atau hanya bertukar cawan kopi dari cawan ke cawan, dari satu gerai ke satu gerai. Menumpang dari satu motorsikal kawan ke motokar kawan. Atau adakah kita sudah merasakan diri kita hebat dengan mengeluarkan wang tunai membelanja kawan minum.

Tidak ramai di antara kita sedar bahawa, orang miskin dapat memegang wang tunai. Orang miskin dapat melihat wang tunai. Sedangkan orang kaya hanya dapat melihat angka yang berdigit-digit di dalam akaun bank mereka dan membawa ‘wang plastik’ bersama mereka.

Renungkanlah sejenak.

Renungkanlah di mana kebenarannya kata-kata saya tadi. Untuk merungkaikan ‘hidup dan kehidupan’, saya akan cuba merungkaikan lima aspek di posting saya yang akan datang. Janganlah jemu untuk terus membaca untuk renungan kita bersama.

Insyaallah, berjumpa lagi.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
23 Februari 2010.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment