Saturday, October 31, 2009

TAK ORANG, TAK KITA

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Tak orang, tak kita.


Pernah dengar perkataan itu?
Mungkin agak janggal dan pelik. Sememangnya sesuatu yang pelik itu sering menjadi tumpuan. Oleh itu, sekiranya anda merasakan tajuk itu pelik, marilah kita sama-sama memberi tumpuan kepada topic ini.

Tak orang, tak kita, ini adalah merujuk kepada sikap atau tabiat manusia. Mungkin juga itu adalah salah satu sikap atau tabiat kita. Dan, marilah kita renungkan bersama sebagai contoh.

Saya akan memulakan dengan soalan kepada anda, dan anda perlu menjawapnya dengan jujur. Tidak perlu membalas posting saya, tetapi cukuplah anda tuliskan di atas sekeping kertas atau taipkan di computer anda.

Adakah kita merasa senang hati jika ada seseorang yang mengecewakan kita?
Berdiam dirikah kita sekiranya ada seseorang yang mengorek rahasia perabadi dan menyebarkanya? Seronokah kita sekiranya kita dikata, diumpat atau difitnah?

Itu adalah sebahagian senarai pendek yang telah saya senaraikan didalam program-program yang telah saya jalankan. Rata-rata dari peserta seminar mengatakan tidak senang hati dengan apa yang cuba orang lain buat kepada diri mereka. Kemudian saya undurkan atau terbalikan soalan itu dan masih berkisar dengan soalan yang sama.

Adakah seseorang merasa senang hati jika kita yang mengecewakanya?
Berdiam dirikah seseorang sekiranya kita yang mengorek rahsia perabadi dan menyebarkanya? Seronokah seseorang sekiranya kita yang mengata, mengumpat atau memfitnah?

Saya meminta menjawabnya secara jujur sejujur-jujurnya di atas sekeping kertas dan memberikanya kepada saya tanpa mengisi atau menulis nama di atas kertas tersebut. Ini bertujuan untuk menjaga maruah peserta seminar tersebut.

Jawapanya amat memeranjatkan kerana sebahagian besar dari 20 soalan tidak terjawab. Ini membuktikan mereka sering melakukan perkara-perkara yang mereka tidak suka orang lain buat kepada mereka tetapi mereka sering lakukan kepada orang lain.
Bukankah itu sifat atau tabiat kita?

Hari ini, saya ingin menyeru kepada semua pembaca, marilah kita sama-sama fikirkan tentang diri kita. Fikirkanlah apa yang perlu dan apakah yang kita tidak perlu lakukan.

Fikirkanlah sejenak, sekiranya kita tidak mahu sesuatu itu orang lakukan kepada kita, janganlah kita lakukan perkara seumpama itu kepada orang lain. Hari ini, individu yang kita umpat itu mungkin tidak melakukan apa-apa kepada kita. Tetapi janganlah terkejut apa bila ada individu yang lain melakukan perkara yang hampIr sama kepada diri kita. Dari itu, berhati-hatilah dengan apa yang kita lakukan dan berubahlah demi kesejahteraan bersama.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
31. Oktober 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

Friday, October 30, 2009

PERJALANAN (TINDAKKAN)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Setelah saya menerangkan sedikit cara-cara apa yang perlu kita undurkan,kini saya cuba menerangkan apakah tindakan yang perlu kita buat untuk mencapai matlamat itu.
Sebenarnya kita biasa melakukan perkara ini, Cuma mungkin kita menganggap ianya perkara biasa sahaja.

Sebenarnya itu adalah kekuatan yang ada untuk mencapai matlamat itu. Ia menjadi kebiasaan kerana kita telah melakukanya berulang-ulang. Tetapi dalam pada itu, berkemungkinan ada perkara yang telah kita tinggalkan dan memungkinkan kita gagal untuk mencapai matlamat itu.

Renungkan bagaimana anak kita mula belajar bertatih. Kekadang anak kita akan terjatuh, lalu kita bertepuk tangan untuk memberi semangat. Dan dengan riang anak kita cuba dan berusaha lagi sehinggalah anak kita itu belajar berjalan dan berlari.
Berbalik kepada dunia sekarang ini, apabila kita menemui kegagalan, ada juga orang bertepuk, bertepuk gembira. Gembira apabila melihat kita jatuh. Tidak mengiralah samada kita ini jatuh samada terlanggar tunggul, terpijak batu, termasuk ke dalam lubang atau longkang atau apa sahaja yang melibatkan kita terjatuh.

Tetapi ‘jatuh’ yang ingin saya maksudkan di sini ialah, ‘jatuh’ dari kejayaan kita, atau dengan lain perkataan, gagal dalam usaha kita.

Di waktu ini, mungkin ada yang bertepuk tangan dan bersorak kegembiraan. Mereka itu seronok melihat orang lain jatuh tanpa memikirkan bahawa satu hari nanti mereka juga akan jatuh, tetapi di dalam keadaan yang berbeza.

Maka, untuk mengelakkan daripada kita ini terjatuh dan ditertawakan, rancanglah dengan teliti apa yang perlu kita lakukan. Sentiasalah beringat-ingat. Sentiasalah meneliti kertas perancangan kita. Sentiasa bersikap positif dan berfikiran rasional, kerana apabila kita bersikap rasional,fikiran kita akan terbuka dan berusaha mencari jalan penyelesaian.

Sentiasa fokus dengan apa yang kita kerjakan. Yakinkanlah kepada diri kita bahawa apa yang ada didalam diri kita adalah milik kita. Kita berhak untuk membuat keputusan dan bertegas untuk melaksanakan keputusan kita itu. Tegas tetapi lembut, itulah kunci utama untuk memastikan perjalanan hidup kita mencapai matlamat yang kita inginkan.

Insyallah berjumpa lagi kita di dalam tips yang lain pula.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
30. Oktober 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

TIGA LANGKAH KEBELAKANG (3)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Saya sudah pun menerangkan dengan ringkas mengenai muhasabah dan rasional. Hari ini tibalah masanya saya menerangkan langkah ketiga pula sebelum kita mengorak langkah seterusnya untuk memburu kejayaan atau matlamat.

Fokus.

Kita biasa mendengar perkataan ini bukan, Setengah dari kita faham apa dia fokus dan mungkin setengah dari kita masih kabur mengenainya. Fokus adalah dari perkataan inggeris, bermaksud beri tumpuan. Mungkin kita boleh samakan dengan cara mengambil gambar oleh seorang juru foto professional. Juru foto ini perlu melaraskan lensa kamera mereka untuk mendapat gambar yang jelas dan menarik. Jika tidak, gambar yang mereka ambil akan nampak kabur dan tidak menarik. Tetapi terdapat juga sesetengah juru foto yang akan mengaburkan gambar tertentu, dan katanya itu seni atau mengikut kehendak pelanggan. Itu seni foto, tetapi didalam menyulusuri kehidupan kita, matlamat kita tidak boleh kabur, matlamat kita mesti jelas. Jelas sejelasnya.

Cuba fokus dan gambarkan sejelas-jelasnya kejayaan yang bakal kita capai.
Sebagai contoh, anda inginkan memiliki sebuah telefon bimbit model terbaru dan mahal. Cuba gambarkan atau bayangkan betapa seronoknya anda sekiranya anda dapat memiliki telefon bimbit berkenaan. Tetapi bagaimana cara hendak mendapatkanya?
‘Pergi kekedai yang menjual telefon bimbit dan beli sahajalah’
Tetapi sebelum itu, apakah proses yang berlaku?
‘Mesti ada duit’
Dari mana datang duit?
‘Kerja’
Kalau tak ada kerja?

Baiklah, kita akan dapat melihat proses ni seperti mengundur kebelakang.
Dan secara ringkasnya, dalam ke arah usaha untuk memberi tumpuan atau fokus, kita perlu bergerak dari belakang dan terus ke hadapan. Maksudnya, kita mulakan berfikir, merancang atau mengambarkan langkah demi langkah apa yang perlu kita lakukan bermula hari ini untuk mencapai matlamat itu, dan jangan lupa letakkan tarikh bila matlamat kita mesti dicapai. Dengan lain perkataan ianya mesti dirancang dengan teliti.
Pastikan juga ianya mengikut perancangan yang seperti mana yang telah kita jadualkan.

Sentiasalah melihat dan teliti segala perancangan yang telah kita jadualkan supaya kita tidak tersasar dari tarikh yang telah kita letakkan.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
29. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

Wednesday, October 28, 2009

DARI MERANGKAK KE BERTATIH

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.


Terima kasih En Zahari.


Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana masih setia bersama OKU BOLEH.

Saya telah diberi kepercayaan oleh Puan Zubaidah Ayob untuk mengendalikan mailing list ini.

Saya berpendapat mailing list ini berkemampuan untuk menjadi wadah merapatkan jurang diantara OKU dan mereka yang normal. Setelah beberapa perbincangan, kami telah merangka beberapa langkah untuk merubah wajah mailing list ini.


Langkah pertama yang kami ambil, ruangan khas moderator setiap hari.

Memanglah ianya nampak serius tanpa humor, tetapi didalam mailing list itu sendiri sudah pun mempunyai banyak unsur-unsur humor.Sebagai pengembala atau pun moderator unsur-unsur nasihat adalah perlu demi untuk kebaikan ke semua pembaca.


Memang benar kata En Zahari, 'saya tidak boleh mengubah orang lain, tetapi saya cuma boleh mengubah diri saya sendiri'.Walaupun seperti membaca akhbar, tetapi saya rasakan itu penting, semoga ianya boleh dijadikan sebagai satu identiti OKU BOLEH.

Langkah kedua yang telah kami wujudkan ialah laman blog OKU BOLEH. Laman blog ini boleh dilayari di:


www.okuboleh.blogspot.com


Oleh kerana laman ini masih baru, jadi masih banyak lagi yang perlu diberi perhatian.

Saya berkeyakinan, laman ini akan di kunjungi oleh segenap lapisan masyarakat dan mampu merapatkan jurang di antara warga OKU dan mereka yang normal.Mungkin juga disini boleh dijadikan tempat oleh mereka yang ingin membuat rujukan atau sumber mencari maklumat bagi golongan OKU.


Langkah ketiga yang bakal kami ambil, kami akan mengeluarkan borang khas untuk membuat bancian di dalam mailing list ini. Borang bancian ini adalah untuk kegunaan OKU BOLEH sahaja, sebagai pengumpulan data atau maklumat.Borang bancian ini akan kami keluarkan tidak berapa lama lagi. Di dalam borang ini hanya untuk membuat nilaian kepada ahli-ahli mailing list ini yang mengandungi nama, jenis kecacatan atau normal serta sedikit pandangan atau komen ahli-ahli mengenai mailing list ini dan beberapa soalan lagi.


Saya sedar, mailing list ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat, latarbelakang kebudayaan, pendidikan, umur dan ugama. Oleh itu, perhatian perlu saya berikan kepada semua tanpa berbelah bagi dan seadil-adilnya.

Langkah-langkah pembaharuan seterusnya akan menyusul nanti.Saya tidak mahu berjanji atau mengumumkan apakah langkah seterusnya sebelum langkah-langkah diatas terlaksana. Insyallah, saya cuba sedaya upaya untuk memajukan mailing list ini. Insyallah.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©
MODERATOR.OKUBOLEH
28 October 2009.
OKU BOLEH
®


*Amaran-hak cipta terpelihara.

Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh


----- Original Message -----
From: zahari
Sent: Wednesday, October 28, 2009 4:24 PM
Subject: (OKU BOLEH) Dari Merangkak Ke Bertatih

Rakan-rakan dan para sahabat sekalian.
Assalamualaikum dan salam persaudaraan.
Agak lama saya tidak berkesempatan menghantar posting ke rumah ni. Kesibukan seharian salah satu sebab standardnya. Posting yang melimpah ruah pun satu lagi alasan yang akan menjadi standard juga. Hehehehe....
Saya terpanggil untuk respon terhadap bebarapa perkara yang masih tidak direspon oleh rakan-rakan sebelum ni termasuk tuan punya rumah ni, Zu.
Dalam postingnya bertajuk "Terima Kasih", Dewi Puspa ada membuat kenyataan bahawa rumah ni telah ditubuhkan oleh oku. Kalau Dewi membaca betul-betul sejarah penubuhan rumah ni, memang jelas dinyatakan bahawa rumah ni telah ditubuhkan atas inisiatif Zu dan keluarganya. Untuk makluman, Zu bukan oku. Saya kira, Dewi pun bukan oku juga. Malahan, ramai lagi bukan oku turut menghuni rumah ni di samping yang oku. Oleh yang demikian, mudah-mudahan, tak adalah persepsi yang semua atau majoriti warga rumah ni adalah oku. Meskipun saya tidak dapat mengeluarkan statistik berapa oku dan berapa pula bukan oku, namun saya yakin ramai juga bukan oku turut menjadi penghuni rumah ni.
Di hari-hari awal penubuhannya dulu, posting tidaklah serancak dan semeriah seperti sekarang ni. Tapi pada ketika itu, subjeknya agak sejagat yang membolehkan bukan oku juga turut serta berkongsi pendapat dan buah fikiran. Tapi sejak akhir-akhir ini, subjek-subjek yang dipaparkan cenderung bersifat dunia oku penglihatan itu sendiri. Mungkin ini menyebabkan kita jarang nampak rakan-rakan kita yang bukan oku turut serta kecuali Zu.
Kadang-kadang ada subjek yang memang bersifat sejagat tapi telah di"kona" hingga menjadikan skop perbincangannya menjadi sempit dan personal. Saya sedar bahawa tidak banyak yang boleh saya lakukan untuk mengubah semua ini. Saya tidak boleh mengubah orang lain. Yang mampu saya lakukan ialah mengubah diri saya sendiri.
Tiga posting awal moderator baru rumah ini yang bertajuk "Senda Gurau", "Hormatilah" dan "Profesional" pula saya kira agak serius gaya penulisannya. Saya faham niat dan hasrat moderator untuk menegur dan melahirkan rasa tidak senangnya terhadap rentak perjalanan perbincangan yang sedang berlaku pada ketika itu. Tapi, di dalam era sms dan chatting ni, rasanya kalau straight to the point mungkin lebih berkesan. Kita nak cerita tentang A tapi kita cerita dari B ke Z baru balik ke A. Saya bimbang sampai ke O, pembaca sudah berhenti membaca dan terus tekan butang delete. Inipun saya tak pasti berapa ramai lagi yang masih membaca tulisan saya ni. Membaca tulisan moderator itu seperti membaca artikel di akhbar. Mungkin kalau diselitkan sedikit unsur humor, tulisan itu akan lebih menarik untuk dibaca.
Itulah bebarapa pandangan saya di kala Oku Boleh sedang belajar bertatih setelah mahir merangkak. Di kesempatan ini, tahniah dan syabas kepada Zu yang telah dapat mengekalkan Oku Boleh di alam siber sehingga kini. Tentang sokongan daripada kami, Tak payah risau. We have been with you all along since those crawling days. Kita telah sama-sama mengharungi badai gelombang yang besar dan mencabar. Kita telah sama-sama juga menikmati suasana riang gembira. Pertemuan pun telah pernah diadakan sesama warga rumah ini pada tahun 2006 yang lalu. Sejak itu, bila ada saja pertemuan yang tidak dirancang, akan meriahlah rumah ini dengan cerita pertemuan warga rumah ini yang bertemu buat pertama kali dengan rakan yang tidak pernah ditemui sebelum ini melainkan di alam siber.
Akhirnya, dengan adanya pembantu Zu, adalah diharapkan Oku Boleh akan lebih berjaya. Saya, secara peribadi mengharapkan rumah ni menjadi wadah untuk kita saling berkongsi dan bertukar ilmu dan pengalaman agar kita mampu belajar daripada satu sama lain tentang hidup dan kehidupan. Ampun dan maaf dipohon sekiranya posting saya ni agak "long-winded" dan macam menceceh aja bunyinya. Apa yang saya nyatakan tadi adalah luahan peribadi saya semata dan tidak bertujuan nak mengenakan sesiapa. Huallahu a'lamu bissawwab.
Salam dari kejauhan
Along Zahari

--~--~---------~--~----~------------~-------~--~----~
SELAMAT DATANG KE OKU BOLEH.
Kehadiran anda bersama kami amatlah di alu alukan.
Marilah bersama kita menjana impian dan hari esok.

U received this message because u are subscribed to the "OKU BOLEH" group.
To post to this group, send email to oku_boleh@googlegroups.com
To unsubscribe from this group, send email to oku_boleh-unsubscribe@googlegroups.com
For more options, visit this group at http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
-~----------~----~----~----~------~----~------~--~---

TIGA LANGKAH KE BELAKANG (2)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.


Berjumpa lagi kita didalam siri Perjalanan. Dan ini adalah siri kedua untuk tatapan anda semua.


Rasional.

Apabila kita berjumpa dengan sebarang kegagalan, kekecewaan, rasa tidak puas hati, rasa rendah diri dan apa sahaja sikap-sikap negatif di dalam kehidupan kita, pandanglah perkara berkenaan dengan rasional.


Bernafaslah dengan tenang dan teratur supaya otak kita akan mendapat bekalan darah dan oksigen dengan secukupnya dan secara konsisten. Keadaan ini adalah perlu supaya neuron dapat mengeluarkan bahan neurometer supaya diri kita akan menjadi lebih tenang dan positif.


Merancang, melakukan, bertindak atau melaksanakan sesuatu dengan perasaan tidak tenang berkemungkinan akan membuatkan segala pekerjaan kita serba tidak menjadi. Dan apabila keadaan itu terjadi, kita akan terus terjerumus dalam kegagalan atau kepayahan. Di waktu inilah kekadang kita akan tersilap langkah dan terus mengambil jalan mudah lalu mengenepikan nilai nilai murni yang sememangnya telah dipupuk sejak kita kecil lagi.


Apabila kegagalan demi kegagalan kita lalui, dengan tanpa berfikiran rasional dan muhasabah diri, kita akan mudah menyalahkan orang lain. Setelah kita bermuhasabah diri sepertimana yang telah saya beritahu sebelum ini, bacalah di ruangan ‘penyelesaian’ itu, baca dengan teliti dan sematkan didalam hati kita.


Sekali lagi, cuba perhatikan di ruangan ‘alasan’ dan ruangan’penyelesaian’ dan tanyakan kepada diri kita ‘adakah kita mampu untuk melaksanakannya. Ingatlah, kita dilahirkan bukan untuk gagal dan mengalah. Kegagalan kita bukan bererti kita gagal untuk menyempurnakannya, tetapi kita gagal untuk merancang dengan sempurna.


Kebanyakan daripada mereka yang telah berjaya, mereka menggunakan langkah ini untuk menyusun strategi mereka untuk mencapai matlamat mereka. Tidak kiralah samada untuk kejayaan peribadi mereka atau pun untuk kejayaan didalam organasasi mereka mahupun didalam perniagaan mereka.

Apakah langkah seterusnya yang perlu kita lakukan untuk memperbaiki diri kita?

Insyaallah, bersambung lagi esok.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!


©MODERATOR.OKUBOLEH
28. Oktober 2009
OKU BOLEH
®


*Amaran-hak cipta terpelihara.

Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

Tuesday, October 27, 2009

TIGA LANGKAH KE BELAKANG (1)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Berjumpa lagi, perjalanan hidup kita kekadang tidak semudah yang kita rancangkan. Untuk itu, kita perlu melakukan beberapa perubahan didalam diri kita untuk memastikan kita memperoleh kejayaan seperti mana yang telah kita rancangkan.

Muhasabah diri.
Itulah langkah yang pertama kita halus lakukan.
Kita perlu bermuhasabah diri, mencari segala kelemahan dan kesilapan
Yang telah membuatkan kita gagal untuk mencapai matlamat kita.

Saya akan beritahu caranya.
Ambil sehelai kertas, bahagikan kepada dua ruangan. Ruangan pertama, kita namakan alasan’. Manakala di ruangan kedua, kita namakan ‘penyelesaian’.
Tuliskanlah seberapa banyak alasan yang boleh memungkinkan kegagalan kita.

Sebagai contoh,
Sambil lewa,
Suka bertangguh
Dan lain lagi alasan anda.
Berlaku jujurlah ketika kita menuliskan kesemua alasan itu.
Dan, di ruangan 'penyelesaian’ pula, tuliskanlah apakah yang perlu kita buat.

Sebagai contoh,
Saya akan focus kepada yang saya rancangkan.
Saya akan memastikan melaksanakan kerja dengan segera.
Dan seterusnya.
Selepas itu, cubalah sedaya upaya untuk melaksanakanya dengan sebaik dan sejujur yang mungkin.

Simpanlah kertas berkenaan, baca berulang ulang. Tandakan dengan tanda bintang atau dengan sebarang tanda yang kita suka.

Kita juga boleh menulisnya di computer kita dengan format yang kita fahami.
Saya berharap garis panduan yang saya beri ini boleh dan mudah difahami.
Terima kasih.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

© MODERATOR.OKUBOLEH
27. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

PERJALANAN

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Sering kita mendengar, 'Perjalanan beribu batu bermula dari satu langkah pertama.' Didalam mencapai sesuatu matlamat, apakah langkah pertama kita? Saya ingin mengajak pembaca semua untuk memikirkan apa yang ingin saya utarakan disini.

Apabila kita dilahirkan, kita sebenarnya tidak mengerti apa-apa tentang kehidupan ini. Apa yang kita boleh buat ketika itu ialah, menangis. Kita akan menangis kerana kita merasa tidak selesa. Kita tidak selesa apabila kita basah, sejuk, lapar, kesakitan dan pelbagai lagi perkara yang akan membuatkan kita rasa tidak selesa.
Kemudian kita akan mula belajar meniarap, merangkak dan bertatih. Kesemua perubahan ini akan membuatkan keluarga kita amat gembira, terutama ibu bapa kita.

Apabila kita mula bertatih, ibu bapa kita akan bersungguh-sungguh memberi dorongan dan semangat sehinggalah kita boleh berlari. Dan mungkin sekarang ini kita menjadi salah seorang ahli sukan yang hebat. Sehingga ke saat ini, pernahkah kita mengira berapa langkahkah kita sudah melangkah? Sekali lagi saya ingin mengajak anda berfikir. Sebarang kejayaan yang kita perolehi sekarang ini, pernahkah kita
fikir langkah pertama yang telah kita lalui? Ada yang masih ingat dan ada yang telah pun lupa segenap langkah yang telah diaturkan.

Bagaimanakah kita melangkah? dan kenapa kita harus menghayunkan kedua belah tangan kita? Mengapa apabila kita melangkahkan kaki kiri kita kehadapan dan secara automatik tangan kanan kita akan menghayun kehadapan? Didalam ceramah saya, dan apabila saya ajukan soalan ini, tidak ramai menjawab dengan tepat. Dan pelbagai jawapan yang saya terima. Jawapan yang tepat ialah untuk mengimbangi pergerakan atau perjalanan kita. Begitulah, didalam perjalanan hidup dan kehidupan, keseimbangan itu
adalah perlu. Baik apa sahaja apa yang kita lakukan, pergerakan kita mesti seimbang. Tidak mengiralah samada apa yang kita lakukan itu perkara yang baik atau sebaliknya.
Ada diantara kita suka berbuat kebaikan, dan tidak kurang juga yang berbuat sebaliknya walaupun mereka mengetahui bawa apa yang mereka lakukan itu salah di sisi undang undang.

Langkah pertamanya untuk menjatuhkan orang lain atau mengetahui hak-hak peribadi orang amat seronok baginya. Golongan ini sering memulakan langkahnya dengan langkah kiri yang sememangnya akan mengundang bencana kepada dirinya, masyarakat dan negara.
Golongan ini sebenarnya mempunyai gangguan psikologi yang mereka sendiri sembunyikan. Golongan ini akan terus berseronok dengan permainan mereka tanpa menghiraukan akibat dari sikap mereka. Kepada golongan ini, saya ingin menyeru, berundurlah tiga langkah kebelakang, dan mulakanlah langkah kanan yang baru.
Apakah tiga langkah itu? Bersama saya lagi, moderator OKU BOLEH esok.

Terima kasih.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
26. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

HORMATILAH

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Saya yakin sejak dari zaman kita kanak-kanak lagi kita telah diajar
bagaimana kita harus menghormati orang lain. Kita diajar bukan sahaja untuk
bersalaman terutama kepada mereka yang lebih tua, malah kita juga diajar
untuk menghormati perkara-perkara yang berkaitan. Bukan sahaja tingkah laku,
kita juga diajar untuk bertutur dengan cara yang berhemah.
Kita mungkin akan rasa marah atau tidak puas hati apabila orang tidak
menghormati kita.

Kita mungkin rasa marah jika hak peribadi kita dicabul, kita mungkin rasa
marah jika barang-barang peribadi kita dirosakan atau digunakan tanpa
pengetahuan kita, kita juga akan rasa marah jika orang lain tidak
memperdulikan kita, kita juga mungkin rasa kecil hati bila orang lain tidak
menghormati keputusan kita, mungkin kita juga tidak merasa selesa jika orang
lain sentiasa bercerita tentang kita dan pelbagai keadaan lagi yang kita
rasa orang lain tidak menghormati kita.

Sebaliknya, pernahkah kita fikir apa yang telah kita lakukan kepada orang
lain sehingga seseorang itu tidak menghormati kita? Semua individu yang hidup ingin dihormati. Kita mahu orang lain menghormati kita walau dengan apa cara sekali pun.
Saya yakin anda berbohong kepada diri anda sendiri jika anda berkata 'tak
kisah kalau orang tak hormatkan aku'. Belajarlah, belajarlah untuk menghormati orang lain. Belajarlah menghormati hak-hak peribadi seseorang agar orang lain
menghormati hak-hak peribadi kita. Belajarlah untuk menghormati keputusan orang lain agar orang lain menghormati keputusan kita. Belajarlah untuk menghormati kehidupan orang lain agar orang lain menghormati kehidupan kita.

Perkara yang paling mudah untuk kita fikirkan dan kita lakukan ialah, jangan
buat sesuatu perkara kepada orang lain sekiranya sesuatu kita tidak mahu
orang lain buat kepada kita. Ya, memang mudah untuk diperkatakan tetapi amat payah untuk dilaksanakan. Tetapi, perkara itu tidak mustahil jika kita berusaha untuk melaksanakanya. Bergantunglah kepada individu itu kerana "allah tidak mengubah nasib
seseorang jika seseorang itu tidak mahu mengubah nasibnya."

Sepatutnya kita tidak perlu menunggu sesuatu perkara yang buruk berlaku
kepada diri kita sehingga memaksa diri kita untuk berubah. Belajarlah untuk menghormati orang lain supaya orang lain akan menghormati kita.
Fikirkanlah bersama-sama demi kesejahteraan sejagat, masyarakat dan yang
paling penting diri kita sendiri.

Terima kasih.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

© MODERATOR.OKUBOLEH
24. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

SENDA GURAU

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Didalam hidup ini bergurau senda adalah perlu, Dengan bergurau senda, kita
akan ketawa riang dan secara tidak langsung ianya juga akan mengeratkan tali
persahabatan, persaudaran atau mungkin dengan bergurau senda itu kita boleh
memperoleh ramai kawan.

Pada kebiasaannya, apabila kita bergurau senda, kita akan ketawa.
Mungkin juga ramai yang sedar, apabila kita ketawa, kita akan menjadi awet
muda. Kenyataan itu sebenarnya di sahkan oleh pakar motavasi dan pakar perubatan,
dimana apabila kita ketawa, kelenjar pitutary akan merembeskan hormon
indocrine. Hormon ini juga berupaya melancarkan perjalanan darah dan secara tidak
langsung ianya akan memperlambatkan proses penuaan.

Jadi, secara ringkasnya, dengan bergurau senda, kita akan menjadi lebih
sihat, dapat ramai kawan dan awet muda. Dalam pada itu, kita juga harus
berhati hati dengan bergurau senda. Sebaik-baiknya, gurauan senda kita tidak
mempersendakan orang lain. Gurau senda seperti ini akan mengakibatkan
perbalahan sekiranya gurauan ini agak melampau dan kasar.

Saya ingin mengambil contoh seperti apa yang berlaku pada semalam dan hari
ini. Sebahagian dari kita bersenda dengan menggunakan nama orang lain atau ID
orang lain. Gurauan ini boleh mengelirukan, tetapi ini masih bergantung kepada individu yang dipersendakan.. Sehingga setakat bahan ini ditulis, saya telah menerima
dan melepaskan sebanyak 21 email bersubjek "Adakah moderator oku boleh tu Shukur atau lebih dikenali sebagai atuk"

Komen saya.
Saya memandang dari sudut positif, dimana masing masing cuba meleraikan
kekusutan dan berteka-teki. Apa yang berlaku, otak kita akan jadi lebih
kreatif untuk menjana sesuatu dan berusaha untuk meleraikan kekusutan.

Akan tetapi, sekiranya ia digunakan tanpa had, atau tanpa etika, ianya akan
mejurus kepada pertelingkahan. Saya tidak bercadang untuk menutup subjek itu
sekiranya ia tidak mendatangkan kemudaratan.

Atuk, apa yang saya faham, beliau telah pun meminta maaf diatas kesilapan
beliau. Sekiranya ada perbincangan, berbincanglah dengan etika dan positif agar
keharmonian kita terjamin.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN1MALAYSIA.
OKU BOLEH!

© MODERATOR.OKUBOLEH
23. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

TERIMA KASIH

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Didalam hidup dan kehidupan kita seharian, belajar dari pengalaman itu adalah amat penting. Kita tidak seharusnya mengulas sesuatu perkara mengikut acuan kita semata-mata Komen, pandangan atau ulasan haruslah dibuat dengan berhati-hati supaya tidak menimbulkan seberang kekeliruan.

Kekadang, kekeliruan itu dibuat dengan sengaja untuk mengelirukan atau membuat serkap jarang.

Itu sebenarnya tidak bagus, dan berkemungkinan boleh menimbulkan perpecahan.
Kalau itulah yang terjadi, bagaimana kita hendak mencapai kemajuan didalam hidup dan mencapai wawasan Gagasan 1 Malaysia sepertimana yang diharapkan.


OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKU BOLEH
22. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

PEMBERITAHUAN (SALAM PERKENALAN)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan
Zubaidah diatas kepercayaan beliau untuk membantu beliau mengendalikan
mailing list OKU BOLEH.

Sebagaimana pantun beliau,


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
'Moderator' baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan


Saya akan sedaya upaya menapis dan memberi sebarang komen dan
cadangan untuk memperbaiki mailing list ini.

Sama samalah kita mengekalkan perpaduan dan keharmonian di dalam OKU BOLEH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!


©MODERATOR.OKUBOLEH
21. Oktober 2009.
OKU BOLEH®

PEMBERITAHUAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas doa
dan harapan semua kepada kewujudan kami selama tiga tahun ini.
Sokongan dari sahabat semua sangatlah kami hargai.

Menjelang usia kami tiga tahun ini, ada sesuatu perubahan yang ingin
kami nyatakan di sini. Mulai hari ini kami telah mewujudkan seorang
'Moderator' untuk bersama kami moderate emails dan sebagainya demi
memajukan dan memperkemasi rumah. Walau bagaimana pun, kami tidak
mencadang untuk mendedahkan siapa 'Moderator' tersebut. Kehadirannya
adalah untuk menambahkan kelicinan perjalanan rumah kita dan siapa kah
dia bukanlah sesuatu untuk di pertikaian. Beliau adalah 'part of'
rumah kita dan adalah menjadi harapan kami agar semua dapat menyambut
baik kehadirannya dan bersama kita 'build the future together'

Walau bagaimana pun, the 'moderator' will still have to abide with the
rules n regulations seperti yang telah termaktub dan seandainya beliau
terlepas pandang perkara perkara tertentu untuk permulaan ini, harap
dapatlah memaafkan beliau kerana maklumlah:-

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
'Moderator' baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Adalah jugak menjadi harapan kami, agar tidak ada lagi surat surat
cinta yang masuk ke email penapisan. Mungkin kerana selama ni hanya Zu
yang moderate emails, maka kadang kala terdapat email email yang tak
bersangkutan yang termasuk jaring. Jadi, selepas ini harap semua
maklum, bukan Zu seorang yang akan melihat email 'cinta' tersebut.

Terima kasih kerana memahami dan juga terima kasih kepada 'moderator'
yang sudi meluangkan masa untuk memahami apa yang telah Zu n family
lakukan yang the past 3 years dan akhir kalam, if you are to be part
of me, then you gotta learn to be 'nice' to my OKU BOLEH and to learn
what and why I am doing all these.

Salam sayang untuk semua dari kami:
Zubaidah Binti Ayob
Amirul Hakim Bin Hairusnizam
Danish Hakim Bin Hairusnizam
'Moderator'

PERATURAN OKU BOLEH

Peraturan-peraturan di oku_boleh@googlegroups.com

Perkara perkara yang perlu di titik beratkan oleh ahli ahli rumah OKU BOLEH adalah seperti berikut:-

1) Isu isu agama dan berbau perkauman adalah dilarang demi menjaga keharmonian masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan agama. Kita haruslah memupuk perpaduan dan menjaga keharmonian yang kita ada demi generasi kita yang akan datang.

2) Skim-skim cepat kaya / MLM (Multi Level Marketing) adalah dilarang sama sekali.

3) Attachment berbentuk txt dan MP3 atau yang seumpamanya dengannya sahaja yang dibenarkan, tetapi seharus mungkin tidaklah terlalu besar sekaligus. Walau bagaimana pun, sekiranya boleh di salin (copy) sahaja di email, sila luangkan sedikit masa untuk salin (copy) dan setiap lampiran (attachment) haruslah di perjelaskan sumber dan butiran di dalamnya.

4) Setiap posting mestilah di huraikan dengan sebaik mungkin dan hendaklah tidak terlalu ringkas. Gunakanlah bahasa yang baik kerana bahasa yang anda gunakan melambangkan keperibadian anda.

5) Setiap posting mestilah di semak agar tidak terlalu banyak kesilapan ejaan, tidak terlalu banyak ….. . (titik). Tanpa > (greater than) dan juga tidak boleh menggunakan perkataan ringkas seperti SPT untuk seperti, ABG untuk abang, CTH untuk contoh atau DLL untuk dan lain lain, kwn2 untuk kawan kawan dan seumpama dengannya demi memudahkan para pengguna perisian JAWS. Untuk pengetahuan semua, perisian JAWS adalah perisian bagi OKU penglihatan dan haruslah di ingatkan bahawa ahli ahli OKU penglihatan bergantung sepenuhnya kepada perisian JAWS ini sebagai screen reader untuk pembacaan di skrin komputer mereka. Ini adalah kerana ianya boleh menjejaskan konsentrasi pembacaan dan pemahaman. Disamping ini juga bergantung kepada kelajuan
JAWS dan juga versi JAWS yang di gunakan.

6) Sila tukarkan tajuk email. Contohnya email asal adalah mengenai kereta,sekiranya ingin bercerita mengenai isu lain, sila tukar tajuknya supaya memudahkan pihak tertentu untuk mencari email tertentu boleh mencari hanya dengan merujuk kepada bahagian tajuk. Di khuatiri apabila mencari email berkenaan kereta misalnya, tajuk pun kereta tapi di dalamnya cerita mengenai memasak. Ini akan melambatkan proses mencari email tertentu yang mungkin sangat penting kepada yang memerlukan maklumat tertentu.

7) Adalah di larang untuk menggunakan OKU BOLEH dalam sebarang kegiatan yang menyalahi nilai moral, etika atau undang-undang Negara dan yang boleh di sabitkan dengan jenayah.

8) Sumber sumber maklumat berbentuk kesihatan atau berita haruslah dinyatakan sumber asalnya demi menjamin kesahihan email.

9) Email email berbentuk hasutan di dalam penerangan mengenai sesuatu product barangan adalah dilarang kerana ini mungkin dihasilkan oleh competitor barangan tersebut. Setiap email begini haruslah dipastikan kesahihannya. Dalam kita memberikan fakta kepada ahli rumah, haruslah waspada pada tipu daya sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan barangan dan product orang lain. Dalam kita berjaga jaga mengenai mutu
dan nilai sesuatu barangan, haruslah juga kita asingkan dari nilai nilai hasutan yang mungkin sengaja di kembangkan melalui OKU BOLEH.

10) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH berhak untuk tidak menyiarkan posting yang telah di tapis sekiranya posting berkenaan melanggar peraturan di atas.

11) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH tidak bertanggung jawab sekiranya bahan yang di siarkan tertakluk di bawah undang undang hak cipta. Tanggung jawab adalah terletak di atas penghantar mail berkenaan.

12) Pihak Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH berhak menentukan dan merombak sebarang peraturan yang difikirkan perlu untuk dipatuhi dari masa ke semasa.

SILA PATUHI PERATURAN PERATUAN INI. TERIMA KASIH.

Oleh:
Pentadbir dan Moderator OKU BOLEH