Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
D – Disiplin.
Sebagaimana garam yang kita tambahkan di dalam masakan kita, kurangnya disiplin inilah yang akan memusnahkan impian kita. Seperti Mat Jenin, duduk di atas pelepah kelapa bukanlah satu disiplin yang boleh di ikuti. Sebaliknya ia boleh di jadikan sebagai sempadan bagi kita ketika menjalankan sesuatu usaha. Sejak dari kecil, kita telah di ajar untuk berdisiplin. Malah di sekolah, mata pelajaran sivik atau moral adalah bertujuan untuk menjadikan kita sebagai seorang insan yang berdisiplin. Begitu juga dengan segala undang undang dan peraturan yang telah di kenakan kepada kita. Itu semua bertujuan untuk mendisiplinkan kita. Tanpa disiplin, hidup kita akan menjadi kucar-kacir atau huru-hara. Tanpa disiplin yang baik juga segala perancangan kita atau impian kita boleh menjadi angan-angan Mat Jenin sahaja.
Disiplin, undang-undang, peraturan serta etika adalah datang dari kelompok yang sama. Ramai orang yang kecundang atau jatuh kerana melanggar perkara ini. Sikap tak apa, sambil lewa, mengambil mudah, tak kisah, nanti dulu, tunggu esok, dan sebagainya adalah kekunci untuk meranapkan disiplin diri. Lebih malang lagi, di sebabkan sikap ego, kita tidak mahu pula memperbaiki diri kita. Kita sentiasa menganggap bahawa kita ini sentiasa berada di landasan yang betul sahaja. Sikap ini juga boleh mengundang bencana serta menguncupkan kehidupan kita.
Disiplin memang mudah untuk di ucap dan di lakarkan. Dan tidak saya nafikan, ianya memang amat sukar untuk di laksanakan. Oleh itu, ia memerlukan semangat jati diri yang kuat serta mempunyai asas yang kuat sedari kecil. Selain dari itu, mempunyai mentor yang baik juga merupakan salah satu asas kukuh untuk kita mempunyai disiplin yang baik.
Malangnya orang yang berdisiplin ini ramai yang membencinya. Dan sekali lagi malang, mereka yang memberi tunjuk ajar dan disiplin sering di lupakan apabila seseorang itu telah berjaya mengukir nama dan kejayaan.
Di sekolah, di pejabat malah di mana-mana sahaja mereka yang menguatkuasakan undang-undang ini akan di anggap musuh dan di benci. Mengapa? Ya, kerana kita sering menganggap mereka ini mengikat kebebasan kita. Kita marah kepada pengawas sekolah kerana menangkap kita di sebabkan membuang sampah merata-rata. Kita marah kepada polis kerana menahan kita di sebabkan kita melanggar lampu isyarat, melebihi had laju, berhenti di kotak kuning, meletakkan kenderaan berhadapan pili bomba dan sebagainya. Sebenarnya banyak lagi contoh yang boleh saya tuliskan di sini.
Disiplin bukannya penghalang untuk maju ke hadapan, tetapi disiplin adalah landasan untuk kita mencapai kehidupan yang kemas dan teratur.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
06 March 2010
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Saturday, March 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment