Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
U – Usaha.
Mungkin kita sering mendengar dan mengabaikan;
`Usaha tangga kejayaan’ Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokannya. Atau banyak lagi perkataan atau slogan yang berkaitan dengan usaha yang sering kita dengar atau baca.
Saya masih ingat, slogan berkaitan dengan usaha sering tercatat di bahagian belakang buku latihan semasa saya bersekolah rendah dahulu. Begitu juga slogan berkenaan juga tertulis di sebahagian dinding sekolah semasa saya bersekolah rendah dahulu. Malah slogan ‘Berusahalah kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan beribadahlah kamu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya’, pernah saya terbaca di papan tanda di sebuah masjid. Itu semua menggambarkan betapa pentingnya usaha untuk memperkembangkan kehidupan kita.
Sejurus sahaja kita di lahirkan, bagaimana kalau kita tidak berusaha untuk bernafas? Walaupun itu adalah semula jadi, tetapi itulah perkara yang pertama yang kita lakukan. Dan jika kita di lahirkan di hospital, biasanya perkara yang utama di titik beratkan ialah pernafasan. Seorang bayi itu akan mula bernafas dengan menangis sejurus selepas dia di lahirkan. Jika bayi ini gagal bernafas, para doktor akan berusaha untuk membolehkan bayi itu bernafas. Jika gagal, kita sendiri telah mengatahui jawapannya.
Dalam kita berusaha, berusahalah dengan betul, berusahalah dengan jujur, berusahalah dengan mengikuti landasan yang betul. Untuk mencapai matlamat kita, berusahalah. Berusahalah dengan apa cara sekalipun. Matlamat menghalalkan cara, tetapi gunakanlah cara yang halal.
Apakah yang membezakan seorang itu kaya atau miskin, senang atau susah, berkereta mewah atau berkereta biasa sahaja dan seumpamanya? Tidak lain tidak bukan yang membezakan mereka adalah usaha mereka. Tetapi kalau sekadar usaha sahaja, tanpa memperdulikan hubungan, impian dan displin, usaha kita adalah sia-sia sahaja kerana ada perkara yang melengkapkan diri kita telah tertinggal. Ramai yang telah berusaha sehingga menjadi kaya raya, tetapi hidup mereka kurang bererti. Mereka menghadapi masaalah kekeluargaan kerana kurang menjaga perhubungan samada hubungan kekeluargaan, hubungan sesama manusia apalagi hubungan kepada tuhan. Ada juga usaha mereka cuma sekerat jalan kerana impian mereka tidak kukuh. Impian mereka tidak menjadi kenyataan kerana tidak mengamalkan disiplin yang sempurna. Maka jadilah angan-angan Mat Jenin sahaja. Adakalanya mereka mula ghairah dan leka apa bila telah berada di puncak kejayaan sehingga mereka terlupa kepada satu kuasa.
Apakah kuasa itu? Tunggulah catatan saya yang akan datang.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
16 Mac 2010.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Tuesday, March 16, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment