Friday, January 15, 2010

TAK ORANG TAK KITA (2)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengemas kini blog ini. Kesibukkan di akhir tahun dan awal tahun telah membuatkan saya menumpukan kepada perkara yang lebih penting. Tahun 2010 baru sahaja berlalu selama dua minggu. Saya yakin kita masing-masing mula merancang plan tindakan untuk meningkatkan taraf hidup samada dari sudut ekonomi, social dan yang lainnya.

Sudahkah kita memuhasabah diri kita? Apa yang telah kita lakukan di sepanjang tahun 2009? Adakah masih sama seperti apa yang kita lakukan di sepanjang tahun 2008? Ataukah kita masih inginkan perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati kita itu masih berlaku kepada diri kita pada tahun 2010 ini?

Ingat! Tak orang tak kita.
Sekiranya kita tidak mahu ke semua atau sebahagian daripada perkara-perkara yang kurang menyenangkan hati kita, cubalah memuhasabah diri kita sekali lagi. Renungkanlah perkara-perkara yang telah kita lakukan sehingga di benci, di marah, di pulau, tidak di endahkan lagi atau beberapa istilah lain lagi.

Renung dan fikir-fikirkanlah berkali-kali. Ingatlah bahawa mereka yang memutuskan silaturahim sesama saudaranya akan memutuskan rezeki mereka juga. Rezeki bukan sahaja di dalam bentuk wang ringgit atau makanan, malah ketenangan jiwa juga adalah rezeki, kesihatan tubuh badan juga adalah rezeki, di permudahkan segala perjalanan dan urusan juga rezeki, malah rezeki juga boleh di kupas dalam kontek yang lebih luas lagi.

Mahukah kita segala rezeki itu?
Saya yakin tidak seorang pun akan menjawabnya dengan perkataan ‘tidak’, kecuali mereka yang ego atau mereka yang masih belum sedar lagi akan kehilangan nikmat rezeki itu. Sebelum pintu hati kita ditutup dari nikmat itu, belajarlah. Belajarlah menghormati orang lain sebagaimana kita ingin di hormati. Belajarlah bagaimana seseorang itu di perlipat gandakan segala nikmat dan rezeki sehingga mereka menjadi kaya raya dan di beri segala kenikmatan dan ketenangan hati sehingga mereka itu boleh bekerja, berfikir dan bertindak dengan waras.

Jika hari ini kita ketawa apabila melihat seseorang itu jatuh, nanti ketika tiba masanya janganlah kita merasa kurang senang bila kita di tertawakan apabila kita jatuh.

Tak orang, tak kita.
Hentikanlah memperlakukan sesuatu sehingga rakan kita itu meninggalkan kita. Percayalah, satu hari nanti berkemungkinan besar orang lain pula akan meninggalkan kita dengan meninggalkan kesan yang begitu mendalam sehingga boleh menggangu prestasi kita.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
15 Januari 2010
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment