Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Alhamdullilah hari ini kita mula melangkah ke tahun baru, tahun 2010 masihi. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pentadbir OKU BOLEH kerana telah memberi kepercayaan kepada saya untuk terus menerajui kumpulan ini. Di atas Kpercayaan itu juga pentadbir telah menukarkan status saya dari moderator kepada owner. Selain dari itu, terima kasih juga saya hadiahkan kepada tetamu OKU BOLEH yang telah memberi kerjasama dalam melancarkan perjalanan OKU BOLEH.
OKU BOLEH adalah perkumpulan mailing list yang percuma, tiada yuran tahunan, tiada yuran bulanan atau tiada yuran keahlian. Oleh yang demikian lister adalah bebas, tetapi masih tertakluk kepada syarat-syarat yang telah di tetapkan oleh pentadbir sebelum ini dari sudut penghantaran bahan untuk di siarkan. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mewarnai mailing list ini mengikut syarat atau acuan yang telah di gariskan oleh pentadbir sebelum ini. Namun, kami masih lagi bertolak ansur untuk menyiarkan bahan yang di hantar ke mailing list ini mengikut keadaan yang tertentu di mana yang kami fikirkan perlu walau ada kalanya sedikit melanggar peraturan penghantaran bahan untuk di siarkan.
Oleh kerana di dalam mailing list ii adalah percuma, maka adalah menjadi hak kami untuk menentukan arah tuju kami.
Menyorot kembali sepanjang tahun 2009 di mana saya telah di beri kepercayaan mengendalikan mailing list ini, pelbagai cabaran kecil telah saya lalui. Namun cabaran itu telah pun dapat di selesaikan dengan sedaya mungkin. Cabaran yang besar bagi saya ialah bagaimana untuk terus menerajui mailing list ini dengan menjadi wadah pencambahan fikiran dengan menepikan unsur –unsur negative. Seterusnya menjadikan mailing list yang berkualiti.
Kita telah bersama—sama mengharungi detik-detik pahit manis dan bersejarah di sepanjang saya mengendalikan mailimg list ini. Jadikanlah detik hitam dan pahit itu sebagai tawarikh untuk kita jadikan landasan atau panduan untuk kita mengukir, bukannya membantutkan kejayaan. Memang sukar untuk memenuhi citarasa semua pihak. Tetapi kami di OKU BOLEH mempunyai acuan kami sendiri untuk mencapai kejayaan. Kita telah pun bergurau senda, berpuisi, bertukar-tukar pendapat, berkongsi lagu atau software dan tidak kurang berkongsi kesedihan apabila ada di kalangan kawan-kawan yang kehilangan orang yang kita sayangi. Keharmonian inilah yang kami harapkan bukannya perpecahan angkara gossip, fitnah, kata mengata dan sebagaianya.
Oleh itu, OKU BOLEH adalah sebuah maling list yang tidak berasaskan perniagaan dan tidak mengamalkan piagam pelanggan memberi kebebasan sepenuhnya kepada anda untuk membuat apa yang perlu. Bagi saya di sini, kami akan menyiarkan bahan-bahan yang tidak melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh pentadbir yang terdahulu. Insyaallah pada tahun 2010 ini, kami di OKU BOLEH akan cuba sebaya upaya untuk menghidangkan sesuatu yang berkualiti untuk tatapan ahli atau tetamu seisi rumah OKU BOLEH ini. Saya sedar, dalam kami memerah tenaga dan masa untuk mencari yang terbaik, unsur negative dari luar berbentuk hasutan, fitnah dan pelbagai lagi cabaran akan menanti. Itu adalah lumrah alam bila ada rasa iri di dalam hati makhluk yang di namakan manusia.
Insyallah kami akan sedaya upaya mengenepikan cabaran ini untuk memastikan kelestarian OKU BOLEH. Kami ingin melihat OKU BOLEH di atas usaha dan ketulusan kami, bukannya kami hidup di atas OKU BOLEH, insyaallah.
Pesanan saya untuk tahun 2010 ini, cambahkan minda ke arah yang lebih kreatif dan positif agar kehidupan kita lebih kental dan makmur menghadapi gelombang hidup yang penuh dengan cabaran ini.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
01.01.10
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, January 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment