Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Saya ingin mengajak anda semua meneliti cerita dan dialog pendek ini.
Satu kemalangan kecil telah berlaku di sebatang jalanraya. Kereta berkenaan telah bergesel di antara satu sama lain yang telah mengakibatkan sedikit kerosakkan kecil. Kedua-dua pemandu itu keluar dari kereta masing-masing dan berlakulah satu pertengkaran kecil.
Pemandu 1. 'Kenapa awak langgar kereta saya?'
Pemandu 2. 'Yang awak pandu kereta perlahan sangat kenapa?'
Pemandu 1. 'Yang awak tu tak sabar sangat tu kenapa?'
Pemandu 2. 'Ini kereta saya, saya nak laju ke, perlahan ke, yang awak sibuk tu kenapa?'
Pemandu 1. 'Saya pun bayar road tax jugak, yang awak buat jalan ni macam jalan awak kenapa?'
Begitulah seterusnya, dan mungkin kita boleh mengagak apakah kesudahannya. Mengapa saya kemukakan perkataan ‘kenapa’ ini? Perkataan ‘kenapa’ adalah bermaksud ingin tahu. Apabila kita menggunakan perkataan ini, kita harus berhati-hati terutama intonasi dan nada suara kita. Kebanyakkan perbalahan akan menjadi lebih besar apabila perkataan ‘kenapa’ ini di gunakan dengan tidak menggunakan ayat, intonasi dan nada suara yang betul.
Saya ingin mengajak anda cuba membaca dialog yang saya berikan di atas dengan menggunakan nada suara dan intonasi yang berbeza dan lihat sendiri kesannya di minda anda. Anda mungkin boleh bermula dengan menggunakan intonasi dan nada rendah dan perlahan, di ikuti intonasi dan nada tinggi dan cepat.
Selamat mencuba.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
08 Januari 2010.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, January 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment