Sunday, January 31, 2010

Jam Tubuh (Body Clock)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Rasanya agak pelik jika perkataan body clock itu di terjemahkan secara langsung. Walau bagaimanapun, anggaplah itu satu ilmu yang perlu kita ketahui.

Setiap dari kita akan di bekalkan dengan akal yang sempurna dan sihat. Cuma di dalam keadaan yang tertentu sahaja akal atau minda kita gagal berfungsi dengan baik. Apabila kita telah mencapai tahap kematangan atau umur yang tertentu, akal pula akan bercambah menjadi fikir. Maka gabungan akal dan fikir inilah yang akan menentukan perjalanan kehidupan kita. Banyak lagi yang akan kita temui hasil dari janaan gabungan janaan itu. Salah satu darinya ialah ‘body clock’ atau jam tubuh dan ada sesetengahnya mengistilahkan sebagai jam biology.

Secara ringkasnya, jam biology ini akan menentukan keperluan tubuh kita, ia akan memberitahu kita bilakah masanya kita perlu makan, minum, tidur, bangun dari tidur dan sebagainya. Tetapi ianya perlu di latih atau di displinkan.

Sebagai contoh. Apabila kita makan tengah hari pada jam 1.20 petang, percaya atau tidak, apabila hampir waktu itu kita akan merasa lapar. Apabila kita mula ke tempat tidur pada jam 11 malam, apabila tiba waktu itu kita mula rasa mengantuk. Dan apabila kita bangun pada jam 6 pagi, pada kebiasaanya kita akan terjaga dan mungkin kita susah untuk melelapkan mata selepas itu. Begitu juga mereka yang melaksanakan solat pada tepat waktunya, percayalah apabila telah melepasi waktu itu mereka akan menjadi resah. Sebagaimana yang telah saya perkatakan tadi, untuk mendapatkan jam tubuh yang terbaik, kitta perlu mendisplinkan diri kita.

Saya telah menemui beberapa orang yang kurang sihat, dan hasil dari kajian mereka itu tidak menggunakan peralatan semula jadi itu dengan sebaiknya. Mereka makan tidak mengikut masa, mereka tidur tidak mengikut masa atau dengan lain perkataan mereka tidak mengutamakan kesihatan tubuh mereka yang telah mereka perolehi secara percuma itu. Hasilnya, kesihatan mereka tidak seganding dengan umur mereka. Jam tubuh ini adalah sesuatu yang unik dan tidak ternilai. Ia memerlukan disiplin diri yang kuat untuk memenuhi keperluan masa depan.

Tetapi sejauh manakah kita memirkan keupayaan dan keperluan itu?


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
31. Januari 2010
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okubole
h

No comments:

Post a Comment