Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Setiap dari kita mempunyai naluri, kehendak, keinginan, nafsu dan pelbagai istilah lagi yang berkaitan dengan matlamat untuk memiliki. Apakah yang kita inginkan itu? Harta, kedudukan, kemewahan, kasih sayang, perhatian atau seribu macam perkara lagi yang kita inginkan lalu mengengam kemas sehingga ianya menjadi hak mutlak kita sehingga tidak ada seorang pun yang boleh mempertikaikannya atau menganggu gugat.
Itu sekiranya kita berjaya memperolehinya. Tetapi apakah yang akan terjadi jika kita tidak berjaya memperolehinya? ‘Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’
Itulah kata-kata keramat yang kita selalu dengar atau selalu kita ungkapkan. Tetapi bagaimanakah ‘usaha’ atau ‘dalih’ yang kita lakukan? Adakah ‘usaha’ dan ‘dalih’ yang kita lakukan benar-benar berhasil? Ada orang apabila mereka inginkan sesuatu itu mereka, berdoa, mereka berusaha, mereka beristikomah dan mereka bertawakal. Tetapi lebih ramai apabila mereka gagal dalam usaha mereka, atau mereka berusaha dengan cara mencantas, memfitnah, membesar-besarkan keburukan orang lain, mewujudkan cerita yang tidak menasabah tanpa bukti yang kukuh, menghasut, mendapatkan perkhidmatan bomoh dan pelbagai lagi perkara keji dan terkutuk serta melanggari undang-undang batas norma kehidupan seorang manusia berakal sehingga mewujudkan keadaan yang tidak stabil, huru hara, pertengkaran dan sebagainya.
Inilah yang di namakan manusia yang mengaku dirinya bertamadun, mengetahui serba-serbi dan sebagainya. Mereka akan menggunakan segenap daya dan dan dalih untuk mencapai matlamat walaupun terpaksa melakukan hukum rimba yang tidak lagi relevant lagi sekarang. Mereka menggunakan sepenuhnya peribahasa ‘alang-alang menyeluk perkasam, biar sampai ke pangkal lengan’ Sehingga mereka meminggirkan hukum karma yang akan menanti mereka bak kata orang, ‘biar putih tulang, jangan putih mata’ Tetapi berbaloikah jika, ‘alang-alang menyeluk perkasam’ itu sekiranya kita berbahagia di dalam tetapi ramai musuh menanti di luar?
Dan ingatlah apabila sampainya di akhir hayat kita. Atau sekurang-kurang apabila kita menghadapi sebarang musibah. Apabila ‘tak orang, tak kita’, sesuatu perkara yang kita tidak mahu langsung orang memperlakukan kepada kita pasti akan berlaku. Ia akan pasti berlaku walaupun kita tidak menginginkannya. Ia pasti berlaku kerana kita sering melakukannya satu ketika dulu.
Ingatlah, ia pasti berlaku untuk memberi pengajaran. Tetapi malangnya, pengajaran itu sudahpun terlambat untuk kita, tetapi masih belum terlambat bagi mereka yang masih belum bertaubat. Pintu taubat dan kemaafan masih terbuka. Tetapi bukan sekadar memohon dan menerima kemaafan tanpa mengubah sikap keji kita itu. Atau di jadikan sebagai alasan atau topeng sahaja.
Sekarang ini masih lagi di awal tahun, rasanya masih belum terlambat untuk kita melakukan sesuatu yang baik untuk diri kita.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
17 Januari 2010
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Sunday, January 17, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment