Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Saya yakin anda telah meneliti semula ‘tiga langkah kebelakang’. Di dalam peperangan juga ia di kenali sebagai ‘undur, rancang dan serang’. Dengan lain perkataan, apa yang perlu kita lakukan ialah;
U – ULANGKAJI.
Berehat sebentar dan buatlah beberapa ulangkaji.Kita hanya manusia biasa yang tidak akan lari dari segala kemungkinan dan kesilapan. Tidak menjadi masaalah jika anda sentiasa melakukan ulangkaji di setiap peringkat perancangan. Dengan mengulang kaji, minda kita akan menjadi lebih cekap untuk mengingati langkah demi langkah yang perlu kita ambil untuk memastikan kejayan anda.
Apabila anda mencapai impian anda, itulah saat gemilang yang paling manis untuk anda raikan bersama rakan, sahabat, keluarga dan mungkin dalam skop yang lebih luas lagi. Sebagaimana kita melihat atau mendengar iklan di media massa, apabila anda membuat ulangkaji, minda anda akan menyimpan segala memori dan menterjemahkannya semula di dalam bentuk tindakan. Setiap tindakan harus ada susulan. Maka susulan itu tidak lain tidak bukan adalah ‘ulang kaji’. Dan segala-galanya masih berlegar di dalam diri anda sendiri. Orang lain hanyalah perangsang atau penghalang sahaja.
Anda tidak di lahirkan untuk gagal. Anda juga tidak merancang untuk gagal kecuali anda sendiri yang mengagalkan perancangan anda. Selain dari perancangan, untuk memastikan anda mencapai impian anda, anda mesti mempunyai semangat juang yang tinggi dan berhati cekal. Seterusnya anda mesti berusaha kerana ‘usaha itu tangga kejayaan’. Semalam telah berlalu, kita hanya ada hari ini dan esok belum pasti. Tetapi merancanglah untuk hari esok, dan jika di izinkan tuhan, kita akan berjumpa lagi dalam rumusan saya nanti.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
02. December 2009.
©MODERATOR.OKUBOLEH
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Wednesday, December 2, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment