Tuesday, December 1, 2009

TEORI S A T U (T)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Dengan hanya bersedia lebih awal sahaja masih belum cukup untuk memastikan segala impian kita akan tercapai. Seterusnya apa yang perlu usaha dari kita adalah;

T – TINDAKAN.

Apakah tindakan anda seterusnya setelah anda membuat persediaan awal atau perancangan? Adakah anda bertindak mengikut segala apa yang telah anda jadualkan atau ianya hanya tinggal jadual sahaja.

Di garisan inilah yang sering menjadi batu penghalang untuk anda mencapai segala impian anda. Ini berlaku kerana ada satu sifat buruk yang telah anda amalkan bertahun-tahun. Apakah sifat itu? Tidak lain tidak bukan sikap bertangguh. Bahasa yang paling canggih lagi iaitu K.I.V. bukannya A.S.AP. Apabila kita mula bertangguh, itu maknanya ada silap di dalam perancangan atau penjadualan. Apa yang saya maksudkan di sini ialah satu perkara yang melibatkan diri sendiri tanpa melibatkan orang lain. Cuba ingatkan kembali ‘kuasa penentu’. Kuasa penentu ini juga berkait rapat dengan peribahasa ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’. Jadi sekiranya anda menemui kegagalan, siapakah yang harus di persalahkan?

Sekiranya anda ingin menyalahkan orang lain, ingat ‘satu jari menunjuk ke arah orang lain, tiga jari akan menunjuk ke arah kita dan satu jari akan menunjuk ke atas seolah-olah menjadi saksi’.

Sekiranya anda menyalahkan keadaan semasa, cuba ingat peribahasa ini, ‘di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’.

Di tahap ini, sekiranya anda buntu, ‘undur tiga langkah ke belakang dan maju setapak ke hadapan’ dan teruskan perjalanan. Yakin dan percayalah kepada diri anda. Anda sememangnya hebat dan di lahirkan untuk berjaya.

Kita berjumpa lagi esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
01. December 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment