Friday, December 4, 2009

TEORI S A T U (RUMUSAN)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

S – SEDIA.

A – AWAL.

T – TINDAKAN

U – ULANGKAJI.


Saya yakin sebahagian dari kita pernah mendengar teori itu. Persoalannya, adakah teori itu hanya sekadar bacaan, pengetahuan am atau ianya benar-benar di jadikan panduan dan seterusnya di jadikan amalan.

Memang benar, sesuatu yang baru itu amat sukar untuk kita lakukan, apatah lagi sesuatu itu akan melibatkan diri kita keluar dari kepompong atau dari zon selesa kita. Untuk melakukan perubahan, kita mesti mempunyai semangat juang yang kuat, rasa ingin berubah, mempunyai impian ingin berjaya seterusnya mencapai kecemerlangan di dalam diri kita.

Setiap dari kita inginkan keselesaan di dalam kehidupan, kita mahukan sumber kewangan yang cukup, keluarga yang bahagia, pekerjaan yang baik, kedudukan atau pangkat dan pelbagai keselesaan yang lain. Untuk mencapai ke arah itu, tidak ada jalan singkat. Usaha yang berterusan adalah perlu. Jadikanlah cerita rakyat, ‘Arnab dan kura-kura’ sebagai panduan kita. Harus di ingat, batu penghalang kejayaan kita adalah sikap diri kita sendiri. Bertangguh-tangguh melakukan apa yang kita rancang itulah kunci penghalang utama.

Anda sememangnya hebat. Anda sememangnya di lahirkan untuk berjaya. Anda sememangnya di lahirkan untuk menjadi kaya, cuma, terlalu selesa di dalam zon selesa itulah yang membuatkan anda kehilangan ke semua kecemerlangan itu. Lihat dan pelajarilah dari mereka yang telah berjaya. Kita dan mereka yang berjaya itu di lahirkan sama sahaja, Cuma yang membezakan adalah kesungguhan kita apabila melaksanakan sesuatu tugasan itu.

Berhasrat untuk mendapatkan sesuatu tanpa usaha, itu adalah angan-angan. Berhasrat mendapatkan sesuatu dengan di ikuti dengan usaha, itulah impian.

Insyaallah. Berjumpa di puncak kejayaan.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
04. December 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment