Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Terlebih dahulu saya meminta maaf kepada pembaca semua kerana sejak akhir-akhir ini saya tidak menulis mengikut jadual yang telah saya aturkan. Saya mempunyai jadual yang ketat sepanjang bulan Disember ini seperti urusan syarikat, seminar dan kursus di samping program-program cuti umum bersama keluarga.
Untuk itu, saya salin dan tampal Peraturan OKU BOLEH yang telah saya terima sejak saya menerajui OKU BOLEH sejak Oktober lepas.
Saya memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang di alami terutama follower dari blog saya ini.
Peraturan-peraturan di oku_boleh@googlegroups.com
Perkara perkara yang perlu di titik beratkan oleh ahli ahli rumah OKU
BOLEH adalah seperti berikut:-
1) Isu isu agama dan berbau perkauman adalah dilarangdemi menjaga keharmonian masyarakat majmuk, berbilang bangsa dan agama. Kita haruslah memupuk perpaduan dan menjaga keharmonian yang kita ada demi generasi kita yang akan datang.
2) Skim-skim cepat kaya / MLM (Multy Level Marketing) adalah dilarang sama sekali.
3) Attachment berbentuk txt dan MP3 atau yangseumpamanya dengannya sahaja yang di benarkan, tetapi seharus mungkin tidaklah terlalu besar sekaligus. Walau bagaimana pun, sekiranya boleh di salin (copy)sahaja di email, sila luangkan sedikit masa untuk salin (copy) dan setiap lampiran (attachment) haruslah diperjelaskan sumber dan butiran didalamnya. Sekiranya fail tersebut terlalu besar, sila gunakan pehak ketiga seperti send space atau seumpamanya.
4) Setiap posting mestilah dihuraikan dengan sebaik mungkin dan hendaklah tidak terlalu ringkas. Gunakanlah bahasa yang baik kerana bahasa yang anda gunakan melambangkan keperibadian anda.
5) Setiap posting mestilah disemak agar tidak terlalu banyak kesilapan ejaan, tidak terlalu banyak ….. . (titik). Tanpa > (greater than) dan juga tidak boleh menggunakan perkataan ringkas seperti SPT untuk seperti, ABG untuk abang, CTH untuk contoh atau DLL untuk dan lain lain, kwn2 untuk kawan kawan dan seumpama dengannya demi memudahkan para pengguna perisian JAWS.
Untuk pengetahuan semua, perisian JAWS adalah perisian bagi OKU penglihatan dan haruslah di ingatkan bahawa ahli ahli OKU penglihatan bergantung sepenuhnya kepada perisian JAWS ini sebagai screen reader untuk pembacaan di skrin komputer mereka. Ini adalah kerana ianya boleh menjejaskan konsentrasi membaca dan pemahaman. Disamping ini juga bergantung kepada kelajuan JAWS dan juga version JAWS yang digunakan.
6) Sila tukarkan tajuk email. Contohnya email asal adalah mengenai kereta,sekiranya mahu bercerita mengenai isu lain, sila tukar tajuknya untuk memudahkan sesiapa yang mahu mencari email tertentu boleh mencari hanya dengan sorting bahagian tajuk. Nanti dikhuatiri nak cari email berkenaan kereta misalnya, tajuk pun kereta tapi didalamnya cerita pasal memasak. Ini akan melambatkan proses mencari email tertentu yang mungkin sangat penting kepada yang memerlukan maklumat tertentu.
7) Adalah dilarang untuk menggunakan OKU BOLEH dalam sebarang kegiatan yang menyalahi nilai moral, etika atau undang-undang negara dan yang boleh di sabitkan dengan jenayah.
8) Sumber sumber maklumat berbentuk kesihatan atau berita haruslah dinyatakan sumber asalnya demi menjamin kesahihan email.
9) Email email berbentuk hasutan didalam penerangan mengenai sesuatu product barangan adalah dilarang kerana ini mungkin dihasilkan olehpesaing barangan tersebut. Setiap email begini haruslah dipastikan kesahihannya. Dalam kita memberikan fakta kepada ahli rumah, haruslah waspada pada tipu daya sesetengah pihak yang ingin menjatuhkan barangan dan product orang lain. Dalam kita berjaga jaga mengenai mutu dan nilai sesuatu barangan, haruslah juga kita asingkan dari nilai nilai hasutan yang mungkin sengaja dikembangkan melalui OKU BOLEH.
10) Pihak pentadbir OKU BOLEH berhak menentukan dan merombak sebarang peraturan yang difikirkan perlu untuk dipatuhi dari masa ke semasa.
SILA PATUHI PERATURAN PERATUAN INI. TERIMA KASIH.
Oleh
Pihak Pentadbir OKU BOLEH
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
21. Disember 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Monday, December 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment