Sunday, December 6, 2009

diam?

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Diam?

Apabila kita sedang mengalami krisis atau pertengkaran bersama ahli keluarga atau saudara mara terdekat, apakah langkah terbaik yang kita ambil? Mungkin sesetengah dari kita akan mengambil langkah membalas serangan itu dengan apa cara sekalipun untuk mendapatkan kemenangan.
Tetapi adakah kemenangan itu bermakna jika ada diantara kita dan ahli keluarga atau sanak saudara kita ‘berpatah arang, berkerat rotan?’
Ingatkah kita kepada peribahasa ini, ‘carik-carik bulu ayam lama lama bercantum juga.’
Tetapi adakah camtuman itu halus seperti asal?
Marilah kita fikirkan bersama-sama dan mencari jalan penyelesaianya demi hubungan kekeluargaan yang harmoni.
Diam. Mungkin itu salah satu langkah yang boleh kita ambil. Mari kita toleh sejenak topik ‘Memperkemas budi pekerti’, maksudnya, sebaik baiknya yang berada dibawah itu tidak mendahului yang diatas. Dengan kita berdiam diri sejenak dan menarik nafas panjang, neuron di otak kita akan lebih tenang untuk memikirkan sesuatu kerana ababila kita mendengar dengan teliti apa yang lawan kita perkatakan, kita akan dapat memperolehi jawapan yang lebih baik dan mungkin boleh mematahkan hujah lawan. Dan apabila membalas hujah lawan, cubalah gunakan bahasa dan intonasi yang baik. Ini juga boleh meredakan kemarahan pihak lawan. Sekiranya setiap hujah kita diiringi dengan senyuman, ia juga umpama air yang akan memadamkan api kemarahan itu.Hujah yang diiringi dengan perasaan marah, biasanya mengandungi unsur atau perkataan yang pedih untuk didengar. Ingatlah, perkataan itu akan melekat didalam fikiran kita atau difikiran lawan.
Disinilah letaknya kebijaksanaan kerana kita sering terlupa dengan perkataan yang kita lepaskan. Dan perkataan yang pedih itulah yang melekat didalam benak kita sehingga mengeruhkan keadaan atau memutuskan tali persaudaraan.
Haruslah difikir, lawan kita itu mempunyai hubungan kekeluargaan, dan apabila disebut ‘hubungan kekeluargaan’ kita pastinya akan berjumpa di majlis kenduri kendara, majlis kecil, seperti sambutan hari lahir atau setidak-tidaknya pada hari perayaan dan kematian.
Semoga catatan ringkas ini boleh digunakan sebagai panduan dan menghindarkan wujudnya ‘kambing hitam’ didalam keluarga kita.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
06 Disember 2009.
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment