Monday, December 14, 2009

DIAM BUKAN BERERTI KALAH

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.


Apabila berlakunya pertelingkahan di antara ahli keluarga, dan lawan kita itu berdiam diri, awas, sebab diam bukan bererti kalah.

Inilah yang sering terjadi apabila mereka yang berdiam diri itu pada kebiasaannya akan terus di tekan. Apa yang kita tidak mahu ialah mereka yang berdiam diri ini akan menyimpan dendam sehingga boleh membuahkan pertelingkahan yang lebih buruk. Memanglah apabila kita berada di dalam krisis, kebanyakkan dari kita akan merasakan bahawa diri kita di dalam pihak yang benar. Kalau benar-benar di pihak yang benar tidak mengapa, tetapi bagaimana jika kita mencari pelbagai alasan untuk menegakkan benang yang basah.

Mungkin tak ramai dari kita merasa mereka yang mendiamkan diri itu sentiasa memerhatikan kita. Dan di waktu inilah pada kebiasaannya kita akan terlupa perangkap yang di pasang. Kita mungkin bernasib baik andainya mereka yang mendiamkan diri itu tidak menyimpan dendam. Tetapi bagaimana kalau mereka yang mendiamkan diri itu mempunyai sifat yang demikian? Bagaimana kalau pada suatu hari nanti apabila di dalam keadaan terdesak dan mereka yang mendiamkan diri itulah hanya satu-satunya tempat yang ada untuk kita meminta pertolongan?

Oleh itu, apabila terjadinya perselisihan di antara keluarga, berfikir dan bertindaklah dengan waras dan bijak. Perhubungan di antara keluarga perlu di pereratkan atau sebaik-baiknya janganlah bulu ayam yang telah di carik itu apabila bercantum tidak kemas cantumannya atau kelihatan kecacatannya.

Sebelum menyalahkan orang lain, cubalah mencari di mana kesilapan diri kita sendiri. Memang benar kata-kata ‘kita hanya manusia biasa dan tidak akan terlepas dari membuat sebarang kesilapan’. Dan sekiranya kita telah membuat kesilapan, dan apabila di tegur, cubalah terima teguran itu. Dan mereka yang menegur pula, cubalah gunakan perkataan, ayat dan nada suara yang baik supaya teguran kita itu mendatangkan kebaikkan bersama.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
14. December 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment