Tuesday, December 15, 2009

DEMI MASA

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

'Demi masa (waktu asar).
Manusia akan kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal solleh.
Berpesan-pesan dengan penuh kebenaran dan penuh kesabaran.'

Setiap dari kita, tidak mengiralah samada kita ini kecil, besar, tua, muda, sihat, sakit, miskin, kaya, rakyat biasa, raja, peniaga dan sebagainya, di berikan masa yang sama, iaitu 24 jam sehari semalam. Tetapi mengapakah satu kerja yang sama yang di lakukan oleh dua individu di siapkan dalam tempoh yang berlainan?

Soalan ini akan di jawab dengan pelbagai versi oleh individu yang berlainan. Alasan yang di beri juga bermacam-macam variasi. Di antaranya, yang paling popular adalah ‘sibuk’. Fikirkan. Adakah kita ini memang benar-benar sibuk sehingga tak sempat berbual dengan sesiapa atau penjadualan masa atau pengurusan masa yang tidak cekap?

Keseronokan menonton rancangan di televison atau memain permainan video sering menjadi alasan ‘rehat’ atau merehatkan minda. Benarkah begitu? Benarkah minda kita boleh berehat dengan dua perkara itu?

Sebenarnya, yang paling penting adalah fokus. Dan yang terpenting adalah penjadualan masa serta memanfaatkan masa yang di beri. Belajarlah menguruskan masa dengan bijak dan kurangkan beralasan kerana lagi banyak alasan yang kita beri, lagi banyak masa yang kita tidak uruskan dengan baik.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
15. December 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment