Thursday, December 31, 2009

DEMI MASA. DIGITAL

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Digital. Itulah gelaran yang saya berikan kepada yang mengamal dan menepati masa. Mereka akan rasa bersalah jika mereka ini tidak menetapi janji masa mereka. Perkataan yang mereka ungkapkan biasanya juga jelas dan tepat, seperti ‘Saya hendak kertas kerja ini siap esok pada pukul 9 pagi’ Dan sebagainya.

Satu lagi contoh yang ingin saya ketengahkan. Orang-orang Jepun, mereka akan membuat temu janji seperti pukul 8.13 pagi, 4.57 petang dan sebagainya. Tidak seperti kita di sini. Pukul 9 suku, 3 setengah, lepas zohor, lepas asar dan sebagainya. Kebanyakan peralatan atau kelengkapan kita telah berubah kepada bentuk gigital, gelombang telefon bimbit, gelombang radio, gelombang siaran televisyen termasuk peralatan rumah dan pelbagai lagi.

Kita rasa berbangga mempunyai peralatan yang berbentuk digital ini. Dan, adakah ia bermakna jika sikap dan diri kita masih lagi bertaraf analog. Kita tidak menepati janji kita. Kita tidak menetapi kata-kata atau perkataan kita. Kita masih lagi lena di dalam kepompong analog kita. Kertas kerja yang hanya tertinggal di atas kerja sahaja untuk menghias meja atau diari kita dan sebagainya.

Tahun 2010 hampir menjelang tidak beberapa jam lagi. Jam yang ada di telefon bimbit kita juga berbentuk digital. Jam di computer kita juga berbentuk digital. Tetapi bermaknakah jika jam itu sengaja di cepatkan lima atau sepuluh minit? Analog atau digitalkah itu?

Pilihan semua di tangan kita. Kitalah yang akan merubah samada akan terus meanalogkan diri kita atau mendigitalkan diri kita. Negara kita juga sedang berusaha untuk menuju ke arah Negara maju pada tahun 2020, tetapi apakah erti Negara maju itu sekiranya kita masih lagi di tahap analog sedang prasarana telah berubah ke tahap digital. Siapakah yang berhak untuk merubah diri kita? Kerajaan, rakan, guru, motivator, ustaz, ibubapa, keluarga, abang, kakak, adik atau siapa?

Pilihan juga masih di tangan kita. Kita mampu berfikir samada terus di dalam kelongsong analog atau di ruang digital. Segala-galanya terserah kepada anda kerana anda adalah sebaik-baik ciptaan tuhan yang mempunyai akal dan fikiran yang sempurna dan waras. Individu yang telah saya sebutkan di atas hanyalah pencetus gelombang dan idea, pelaksana sebenarnya adalah diri anda.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
31 Disember 2009.
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment