Tuesday, December 29, 2009

DEMI MASA. ANALOG.

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Pernah kah kita mendengar perkataan ini? ‘Nanti saya datang lepas waktu zohor’ atau ‘Saya dalam perjalanan ni, sekejap lagi saya sampai di sana’

Apakah yang kita lihat dari dua contoh dialog di atas? Ya, itulah dua contoh janji ‘analog’ yang ingin saya huraikan. Dan pada kebiasaannya ia juga di kenali sebagai janji ‘melayu’. Kesannya adalah kepada penerima janji itu. Tetapi sekiranya penerima janji itu juga pengamal ‘janji melayu’, saya tidak mahu memberi apa-apa ulasan lanjut.

Saya ingin mengulas contoh pertama. Waktu zohor adalah kira-kira antara pukul 1.15 tengahari hingga pukul 4.30 petang (anggaran kerana waktu solat ini berubah mengikut calendar dan tempat). Persoalannya sekarang, ‘datang’ yang di maksudkan ialah sampai di destinasi atau baru memulakan perjalanan? Atau, yang berjanji memulakan perjalanan selepas azan zohor atau selepas zohor? Bagaimana kalau individu ini bersolat zohor pada pukul 3 petang? Atau individu ini akan bertolak secepat-cepatnya pukul 4.31 petang, iaitu tamatnya waktu zohor. Ini masih lagi belum mengira jarak perjalanan, halangan dalam perjalanan atau perkara lain yang menghalang kelancaran janji itu. Pukul berapakah yang berjanji ini akan sampai ke destinasi?

Manakala contoh kedua pula, saya pernah terjumpa dengan seorang rakan yang masih lagi berada di rumah tetapi menjawab ‘on the way’ panggilan taliponnya. Apabila di tanya, ‘nak jaga hati pelanggan’ katanya. Tetapi saya yakin dengan kata hati saya ‘pelanggannya akan lari’

Itu adalah sebahagian dari perkataan dan janji analog. Dua contoh itu adalah dua contoh yang biasa di gunakan oleh orang kita. Sama-samalah kita fikirkan dan cuba ulang semula membaca ‘kuasa penentu’

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
29 Disember 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment