Saturday, December 5, 2009

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Sambutan hari OKU.

Disember adalah hari OKU Sedunia. Di Malaysia, sambutan ini akan di adakan di perkarangan Kompleks MAB, Brickfeild, pada 5 Disember 2009.

Dengan bertemakan ‘PENDAYAUPAYAAN OKU KEARAH PEMBANGUNAN POTENSI DIRI’ akan bermula dari jam 09 pagi sehingga 05 petang. Selain dari pameran peralatan yang sering di gunakan oleh OKU pelbagai kategori, gerai jualan juga terdapat di sana. Pelbagai aturcara juga telah di susun rapi. Beberapa gerai jualan juga akan di buka dan anda bolehlah mendapatkan beberapa barangan yang di hasilkan oleh OKU.

Program yang di anjurkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, akan di rasmikan oleh Datok Sri Sharizat Jalil iaitu menteri di Kementerian Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Beberapa syarikat pengangkutan awam juga akan memberi kemudahan pengangkutan percuma kepada mereka yang akan ke majlis sambutan itu ke Kompleks MAB. Saya bagi pihak OKU BOLEH mengucapkan selamat merayakan sambutan hari OKU sedunia di peringkat Negara.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
05. Disember 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment