Thursday, December 17, 2009

Analog / Digital

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Demi masa.

‘Demi masa (waktu asar).
Manusia akan kerugian.
Melainkan mereka yang beriman dan beramal solleh.
Berpesan-pesan dengan penuh kebenaran dan penuh kesabaran’


Analog / Digital.


Apabila di katakan pengurusan masa, kita tidak boleh mengenepikan jam yang kita gunakan samada di tangan, di kereta, d iatas meja, di dinding dan sebagainya. Terdapat dua jenis jam yang boleh kita dapati. Samada di dalam bentuk analog atau digital. Jam yang di dalam bentuk analog ialah jam yang mempunyai jarum. Biasanya ia mempunyai samada dua atau tiga jarum di situ. Jarum jam, biasanya yang terbesar atau yang terpendek, manakala jarum minit, ianya lebih kecil dan lebih panjang. Jarum saat pula adalah alternative. Tidak semua jam mempunyai jarum saat. Biasanya jarum saat adalah jarum yang terkecil dan yang terlaju pergerakannya.

Jam dalam bentuk digital pula, biasanya memaparkan angka. Angka yang paling kiri sekali adalah menunjukkan jam. Angka yang di tengah menunjukkan minit dan yang terkanan sekali menunjukkan saat. Stop watch, biasanya mempunyai beberapa digit lagi di belakangnya untuk menunjukkan ketepatan masa yang lebih tepat.

Apakah kaitan dengan jam analog dan jam digital di dalam kehidupan kita?

Sebenarnya saya ingin menunjukkan secara simbolik bagaimana kita memanfaatkan masa atau menguruskan masa yang di berikan setiap dari kita selama 24 jam sehari semalam.

Saya akan menerangkannya esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
17. Disember 2009.
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment