Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Berjumpa lagi.
Inilah saat-saat getir, apabila kita di serang bertalu-talu. Apatah lagi kalau ke semua serangan itu memang tuduhan semata-mata. Kita akan rasa terhimpit dengan tuduhan liar itu. Tambahan pula banyak mata dan telinga di sekeliling kita. Hendak di lawan, dia adalah salah seorang ahli keluarga rapat kita. Jadi, apakah yang harus kita lakukan?
Perlu di ingat, orang yang sedang marah ialah orang yang tidak boleh mengawal emosinya. Satu kumpulan manusia, apabila mereka marah, mereka akan berdiam diri. Satu kumpulan lagi, apabila mereka marah, mereka akan reda apabila lawannya itu berdiam diri. Manakala satu kumpulan lagi ialah, apabila mereka melihat lawannya berdiam diri, mereka menjadi lebih agresif. Kumpulan inilah sebenarnya mempunyai masaalah saikologi. Berhati-hati apabila berhadapan dengan kumpulan ini.
Apabila kita berhadapan dengan kumpulan ini, cuba menjawab dengan bahasa dan nada suara yang baik, sambil itu tenangkan diri dan cuba melihat sekeliling. Fikirkan jalan keluar, kenal pasti tempat berlindung atau peralatan yang boleh di gunakan untuk mempertahankan diri.
Cuba lakukan satu kaedah yang dinamakan ‘terapi kejutan’ sebelum kita menyelamatkan diri. Untuk melakukan ‘shock theraphy’, kita perlu bertindak pantas. Jika tidak, kita akan terperangkap.
Bagaimana pula jika anda terdiri dari kumpulan itu?
Ingat, di hadapan kita adalah salah seorang ahli keluarga rapat kita. Fikirkan dalam tempoh masa yang panjang. Fikirkan pada musim perayaan, kenduri kendara, kematian dan sebagainya. Mungkin kita fikir kita betul sekarang ini, kita sihat, kita bertenaga dan sebagainya. Fikirkan juga sepuluh atau dua puluh tahun akan datang, sekiranya umur kita panjang. Fikirkan juga jika pula yang berhadapan dengan orang yang seperti atau lebih dari kita, mungkin juga orang itu bukan dari ahli keluarga rapat kita. Tambahan, ketika itu kita berada di dalam keadaan yang lemah, mungkin kurang sihat atau kita di datangi dengan lebih dari seorang yang menyerang kita.
Saya yakin, ketika ini kita tidak sedar bahawa hukum karma sedang menjenguk kita. Oleh itu, ada baiknya jika bersabar dan berdiam seketika sambil memikirkan baik dan buruk yang akan menimpa kita. Ingatlah, kemenangan kita hari ini bukan bermakna kemenangan kita untuk selama-lamanya.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
08. Disember 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Tuesday, December 8, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment