Monday, November 30, 2009

TEORI S A T U (A)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Untuk memastikan anda mencapai impian anda, Perancangan mestilah di atur rapi. Anda mestilah membuat persediaan dengan lebih;

A – AWAL.

Ya, anda mesti bersedia lebih awal. Sikap bertangguh dan sambil lewa itulah sikap yang akan meruntuhkan segala impian anda. Apabila anda kurang bersedia atau terburu-buru, fikiran kita tentunya tidak dapat mengingati ke semua perkara di dalam keadaan yang tidak tenang. Anda akan kecundang tanpa persediaan awal.

Sebenarnya bertindak lebih awal telah pun di serapkan di dalam islam. Contohnya, kita akan dapat ganjaran lebih besar apabila dapat menunaikan solat di awal waktu. Apabila kita bersolat berjemaah di masjid, ganjaranya juga lebih besar apabila kita boleh memenuhi saf atau barisan yang paling hadapan.

Begitu juga di bidang pelajaran. Persediaan awal dengan mengulangkaji pelajaran itu untuk memastikan kita tidak ketinggalan ke semua subjek dan tidak panik apabila menghadapi peperiksaan.

Manakala di bidang pekerjaan juga tidak ada bezanya. Malangnya, alasan yang sering di beri adalah, sibuk, tidak cukup masa dan pelbagai alasan lagi. Fikirkan sejenak komitmen kita itu sebelum memberi alasan itu. Adakah kita benar-benar sibuk atau kita tidak fokus.
Dengan lain perkataan, kita telah menggunakan masa yang sepatutnya kepada perkara yang lain.

Oleh yang demikian, sediakanlah jadual anda dan ikutilah jadual anda bukan jadual itu hanya tinggal jadual di atas kertas. Anda masih mempunyai masa untuk memperbaiki diri anda. Yang paling penting, perhatikan dua langkah yang telah saya berikan secara ringkas. Cubalah sedaya upaya untuk mempraktiknya.

Insyallah, anda mampu untuk mengubahnya.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
30. December 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment