Sunday, November 29, 2009

TEORI S A T U (S)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Anda telah bersedia sekarang?

Inilah langkah yang pertama ‘to be the number one’.

S – SEDIA.

Ya. Itulah langkah yang pertama sekali untuk kita lakukan. Anda harus bersedia dari fizikal dan mental. Bukan itu sahaja, anda mesti bersedia dengan keperluan asas untuk bertindak. Fikirkan apakah keperluan asas untuk sesuatu pencapaian atau impian anda itu.

Sebagai contoh, sebagai seorang pelajar, untuk menghadapi satu peperiksaan penting anda perlu bersedia dengan ke semua keperluan asas dengan mengulangkaji pelajaran. Ini juga memerlukan pengorbanan. Berkorban untuk mengurangkan menonton siri television, internet dan banyak lagi perkara yang boleh melekakan tanggung jawab sebagai seorang pelajar. Dan jangan lupa, sebelum menjelang hari peperiksaan segala keperluan asas dewan peperiksaan seperti MY CARD, pen, pensel getah pemadam pembaris dan peralatan yang berkaitan sebelum memasuki ke dewan peperiksaan.

Begitu juga di bidang yang lain. Anda perlu bersedia dengan ilmu pengetahuan yang cukup untuk melaksanakan atau mencapai impian anda. Ke semua bahan asas itu anda boleh dapati dengan mudah di mana-mana sahaja. Di media massa, internet, perbincangan, dari pengalaman orang lain dan banyak lagi sumber yang boleh di perolehi mengikut keperluan anda.

Asas utamanya ialah, keyakinan kepada diri anda sendiri dan bertekad untuk mengerakkan keseluruh sel tubuh badan anda untuk mencapai impian anda menjadi yang PERTAMA itu.

Walau pun saya mencatatkan secara ringkas di sini, saya harap anda boleh memahaminya sekiranya anda telah bersedia dan boleh mengingati bahan bacaan saya yang lalu.

Insyallah kita berjumpa lagi esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
29. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment