Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Berjumpa lagi.
Alhamdullilah, mungkin sebahagian dari kita masih kepenatan setelah melaksanakan ibadah korban atau masih menunggu giliran untuk melaksanakannya. Mungkin juga sebahagian dari kita masih sibuk melayan tetamu atau sanak keluarga. Rasanya, inilah masa yang sesuai untuk memperkenalkan OKU BOLEH kepada rakan-rakan atau kaum keluarga kita.
Baiklah, setelah kita mula mencari beberapa sikap buruk kita, dan berkorban untuk meninggalkannya,saya memulakan satu topik yang baru kali ini, iaitu Teori S A T U. Sebagaimana tajuknya, saya yakin setiap dari kita inginkan yang pertama. Samada di dalam perlumbaan, di dalam pelajaran, di bidang pekerjaan atau setidak-tidak menjadi isteri yang pertama pada setiap masa.
Untuk mencapai kearah itu, apakah tindakan atau langkah kita? Langkah-langkah yang telah di susun adalah berkesinambungan dari topik-topik saya yang lalu. Ianya masih relevant serta berkait rapat. Oleh itu, sebelum saya melangkah lebih jauh, ada baiknya jika anda meluangkan sedikit masa untuk mengulangkaji sedikit topik-topik yang lalu. Bukan kerana apa, ini adalah untuk memastikan strategi anda mencapai sasaran S A T U itu.
Berjumpa esok dan dan luangkanlah masa sedikit untuk mengimbas kembali topik saya yang lalu.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
28. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Saturday, November 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment