Sunday, November 22, 2009

SOLAT

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Bagi umat islam, perkara ini adalah rukun Islam kedua. Solat adalah amanat Rasul dan adalah wajib bagi umat Islam yang telah baliqh untuk mengerjakannya. Ramai orang berkata, solat itu amat mudah, tetapi amat berat untuk mengerjakannya. Apatah lagi untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.

Mungkin kita menghadapi masaalah untuk mengajar anak-anak untuk bersolat. Dan memang dah termaktub di dalam kitap suci Al-Quran, sebagai ibu bapa boleh merotan anak-anaknya yang tidak bersembahyang. Silap hari bulan kita akan di kenakan tuduhan mendera anak-anak kita walaupun tujuan kita merotan anak kita untuk tujuan mendidik.

Oleh itu, saya ingin menurunkan satu tips bagaimana kita boleh mendidiknya secara psychology.

Pertama sekali, kita sebagai ibu bapa mestilah menunjukkan kepada mereka itu dengan bersolat. Ramai juga yang mencadangkan supaya kita mengajak mereka berjemaah bersama-sama.

Satu lagi tips ialah, cuba kita lihat tapak tangan kita. Cuba perhatikan dari ibu jari hingga ke jari kelingking. Di mata kasar kita, kita mungkin hanya melihat jejari sahaja. Tetapi cubalah lihat jejari itu dengan mata hati. Kalau kita lihat ibu jari, ianya amat penting. Sebab itulah apabila kita membeli premium insuran nyawa, nilai ibu jari lebih tinggi dari nilai jari yang lain.

Kenapa? Kerana ibu jari adalah tunggak kekuatan untuk menggengam selain di ibu jarilah terletaknya biometric yang paling penting. Apabila kita membuat MY CARD atau berurusan dengan urusan rasmi, cap ibu jari boleh digunakan untuk mengantikan tanda tangan. Penting bukan?

Baiklah. Kita ada lima jejari di tapak tangan dan kita juga ada lima kali solat yang wajib sepanjang hari. Cuba bayangkan, ibu jari itu mewakili solat subuh. Ya. Itulah tunggak kekuatan kita sepanjang hari sebab hanya dalam solat subuh sahaja ada doa Qunut. Selepas ini, cubalah hayati maksud atau terjemahan doa qunut itu. Jangan terkejut, oleh kerana mereka itu tidak mengerjakan solat subuhlah maka solat solat yang lain tertinggal.

Jari telunjuk. Ianya mewakili solat zohor. Bagi yang bekerja, masa ini perlu di bahagi bahagikan untuk makan tengahari dan solat zohor. Sehingga selalu pula di dulukan makan tengahari daripada solat zohor.

Jari hantu. Pada waktu ini lah kita sering tidak ambil peduli dengan waktu. Kebanyakkan dari kita memang terlalu sibuk pada waktu ini. Bukan sibuk bekerja. Tetapi sibuk mencari isu atau leka dengan aktiviti kita. Termasuklah tidur selepas penat bekerja. Baca dan renungkanlah surah Al-asry selepas ni.

Jari manis. Waktu inilah waktu yang paling seronok bermain-main. Terutama anak-anak. Waktu maghrib inilah keadaan mula redup dan angin yang bertiup mula terasa dingin. Waktu inilah bulan dan bintang mula menunjukkan diri. Malah ramai orang percaya pada waktu inilah banyak syaitan-syaitan berkeliaran. Malah terdapat juga sebahagian dari mereka jatuh sakit di waktu ini.

Jari kelingking, walaupun kecil, masih tetap berguna. Setidak-tidaknya di gunakan untuk mengorek telinga atau hidung. Solat Isya, memang panjang waktunya walaupun jari kelingking kita itu kecil dan pendek sahaja. Jadi, ianya tetap penting.

Cuba beritahu kepada anak-anak kita, jejari yang melekat di tapak tangan kita Allah beri dengan percuma sahaja. Dan bukan semata-mata sebagai hiasan sahaja. Bayangkan, sekali kita tidak solat subuh, Allah terus mengambil ibu jari kita. Cuba lihat tapak tangan kita bagaimana keadaanya tanpa ibu jari?

Kemudian, apabila kita tidak menunaikan solat zuhur, maka diambil pula jari telunjuk kita. Sekarang, kita sudah kehilangan dua jari kita.

Begitulah seterusnya jika kita tidak menunaikan solat asar, maghrib dan isyak. Kemudian, Allah yang maha pengasih dan penyayang memberikan semula jejari kita selepas jam 12 malam. Tetapi di ambil semula sekiranya kita tidak menunaikan solat. Apakah yang akan terjadi? Bagaimanakah kalau Allah mengambil terus jejari kita?

Sama-samalah kita fikirkan?

Insyaallah.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
22. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment