Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Biasanya apabila seseorang itu di tegur atau di marahi, kekadang kita akan mendengar perkataan ’siapa kau?’. Perkataan ini biasanya akan di tanyakan semula kepada seseorang yang menegur seseorang itu. Sebaliknya pernahkah kita bertanyakan ‘siapa aku’ atau ‘siapa kita’ kepada diri kita? Kalau ada pun, mungkin kita mengucapkan perkataan itu dengan rasa merajuk atau merendah diri tanpa keikhlasan. Sekiranya itu berlaku, kita tidak akan kemana-mana. Kita tidak akan dapat mengenali diri kita sendiri apatah lagi untuk memajukan diri kita sendiri. Ini yang sering terlepas pandang.
Sebagaimana yang pernah saya katakan sebelum ini, ‘saya hanya mampu mengubah diri saya, dan saya tidak mampu untuk mengubah orang lain.’
Ini adalah sebahagian dari untuk mengubah diri kita sebenarnya. Sebelum kita mengubah diri kita, langkah pertama ialah kita harus mengenali diri kita dahulu. Kita harus mengumpul kekuatan dengan pelbagai maklumat, semangat dan beberapa elemen lain.
Saya berikan tiga perkara dari beberapa perkara di dalam senarai pendek yang saya ambil dari seminar saya.
1. Lihat siapa kawan-kawan kita.
2. Lihat cara berpakaian kita.
3. Lihat apa yang kita baca.
Memang, perkara itu remeh. Tetapi perkara-perkara yang sering terlepas pandang itulah yang sering mengikat kita untuk melakukan sebarang perubahan kepada diri kita.
Esok, saya cuba akan menerangkan perkara di atas dengan secara ringkas untuk tatapan anda.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
03. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Tuesday, November 3, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment