Saturday, November 7, 2009

SIAPA KITA. (RUMUSAN)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Setelah kita meneliti sebahagian daripada cara atau kaedah untuk mengenali diri kita, sekarang tibalah masanya kita membuat sedikit rumusan.

Setiap manusia yang masih hidup di muka bumi ini mahukan yang terbaik di dalam kehidupan mereka. Malangnya kebanyakan dari mereka inginkan yang terbaik dari orang lain. Mereka mahukan orang lain berbuat yang terbaik untuk dirinya tanpa memikirkan apakah yang terbaik untuk mereka lakukan ke atas diri mereka sendiri.

Sebahagian dari mereka juga merasakan mereka juga telah melakukan yang terbaik kepada orang lain sehingga mereka melupakan kepentingan diri sendiri. Mereka sedaya upaya melakukan yang terbaik, terutama bagi seorang ibu atau bapa, mereka lakukanya untuk anak-anak mereka. Malangnya, sebahagian dari anak mereka pula telah melakukan yang terbalik kepada kedua orang tua mereka.

Sebenarnya, apabila kita telah mengenali diri kita sendiri, untuk melakukan perkara-perkara yang rumit itu akan menjadi mudah sebab kita telah mengenal pasti keupayaan kita. Selain dari itu, lebih mudah bagi kita untuk meninggalkan perkara-perkara yang menyalahi nilai-nilai kehidupan bermasyarakat. Kita akan lebih mudah mengikuti garis panduan mengikut lunas kefahaman anutan agama masing-masing.

Saya yakin, setiap agama di muka bumi ini mahukan pengikutnya melakukan perkara-perkara yang baik. Sebagai contoh, setiap agama akan melarang penganutnya berbohong, mencuri, menghasut, mencederakan orang lain dan sebagainya.

Dengan mengenali diri kita dengan lebih dekat, saya yakin kehidupan kita akan menjadi lebih baik dari sebelum ini serta masyarakat akan menjadi lebih makmur. Berusahalah untuk melakukan perubahan di dalam diri kita sendiri dahulu, seterusnya beritahu kepada keluarga terdekat, sahabat andai, jiran tetangga, rakan sekerja malah kepada sesiapa sahaja. Sekiranya anda yakin boleh, sememangnya anda pasti boleh melakukanya.


TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
07. November 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

1 comment:

  1. Benarlah kata tuan, namun kadang-kadang kita tidak akan mengenali diri kita selagi mana kita tidak melakukan sesuatu di luar dari kebiasaan. Sebagai contohnya, kes Umaisarah yang hilang di hutan Gunung Ledang pada tahun 2008. Dia hidup selama 18 hari didalam hutan itu hanya dengan air. Kalaulah dia tidak hilang begitu, siapa yang tahu bahawa jiwanya begitu kuat? Kecekalannya berada pada tahap yang sungguh tinggi! Kawalan mindanya cukup hebat!

    Inilah yang saya percaya, kita boleh mengenali diri kita umumnya secara teoris, namun pengelaman-pengalaman tertentu akan mengesahkan siapa diri kita sebenarnya.

    ReplyDelete