Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Alhamdullilah, hari ini seluruh umat Islam di Malaysia dan Singapura menyambut Hari Raya Korban, atau pun Aidiladha. Brunei pula akan menyambutnya esok. Bagi mereka yang mampu, akan menunaikan ibadah korban dan bersedekah. Cerita mengenai ibadah korban ini telah banyak atau biasa kita dengar. Oleh itu, izinkan saya bercerita mengenai ‘ibadah korban’ dari sudut yang berbeza pula.
Sebelum ini, saya telah banyak bercerita mengenai diri kita sendiri. Kaedah atau tips telah saya berikan. Sila rujuk rencana saya yang telah lalu. Saya ingin melihat rakan-rakan di sekeliling saya berjaya dan menjalani kehidupan yang lebih bermakna. Itulah impian saya.
Untuk berjaya, kita juga perlukan pengorbanan. Kita perlu mengorbankan sedikit kesenangan kita atau yang biasa di sebut ‘keluar dari kepompong’. Ada juga yang menyebut keluar dari ‘comfort zone’ dan masuk ke ‘combat zone’.
Ya, saya akui bukan senang untuk meninggalkan kebanyakan dari satu kebiasaan kita. Sebagai contoh, kita sering menghabiskan masa di hadapan televisen atau permainan video sehingga kita hafal hampir hafal ke semua siri popular di television atau permainan video tersebut. Memang sukar untuk mengubah tadiat itu apatah lagi apabila kita sudah ketagih dengan keselesaan itu.
Walhal, masa yang telah di habiskan itu boleh di gunakan untuk melaksanakan kerja-kerja rumah atau kerja-kerja lain yang lebih bernenafaat. Begitu juga tabiat ‘bermesyuarat tingkap’. Walhal isu yang di perbincangkan itu boleh di ubah kepada isu yang lebih mendatangkan faedah. Itu juga sebahagian dari pengorbanan.
Apa kata, bersempena sambutan Hari Raya Korban ini, bagi yang tidak mampu untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk menunaikan ibadah korban tetapi kita korbankan satu daripada beberapa sifat atau tabiat kita yang kurang mendatangkan manfaat itu kepada perkara yang lebih berfaedah. Perkara itu bukanlah satu perkara yang mustahil kerana pelaksananya adalah diri kita sendiri. Lakukanlah dengan penuh kesedaran dan keinsafan serta tanggung jawab ke atas diri kita sendiri. Yakinlah kepada diri sendiri bahawa kita mampu mengubahnya.
Akhir kata dari saya kali ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua tetamu OKU BOLEH. Jadilah diri kita sendiri dan ketahuilah sememangnya anda hebat.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
27. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:
Post a Comment