Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Berjumpa lagi.
Kita mendengar segala macam bunyi, dari yang selunak-lunaknya sehinggalah yang paling mengerikan. Cuping telinga kita juga menghala ke hadapan. Seolah-olah tuhan memberi isyarat, dengarlah dengan teliti apa yang berada di hadapan kita ini.
Walaupun telinga kita itu mampu menyerap bunyi di sekeliling kita, tetapi ianya akan lebih fokus dengan apa yang di hadapan kita. Sebab itulah, sekiranya kita mendengar sesuatu yang bukan di hadapan kita, pada kebiasaanya kita akan menoleh dan mungkin memusingkan keseluruhan badan kita.
Untuk apa? Tidak lain tidak bukan untuk mengamati apa yang berlaku dan dengan bantuan mata kita, kita terus mengenali atau mengetahui apa yang berlaku. Telinga kita akan menyerap segala macam bentuk bunyi, dan terpulanglah kepada otak kita yang akan memprosesnya serta menentukan apakah tindak balas yang seterusnya.
Mengapa tindak balas kita adakalanya mendatangkan kebaikan dan juga boleh mendatangkan kemudaratan? Adakalanya tindakan itu spontan, dan adakalanya tindakan itu mengambil sedikit masa. Itu semua adalah bergantung kepada kecekapan dan kemampuan otak kita dan diri kita untuk membuat keputusan.
Apakah peranan hidung dan mulut kita selepas kita melihat dan mendengar?
Kita sambung esok.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
20. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, November 20, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment