Friday, November 13, 2009

MEMPERKEMAS BUDI PEKERTI (PENDAHULUAN)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Saya merujuk perkara ini daripada perkara ‘nombor 5 Rukun Negara’

Kesopanan dan kesusilaan.

Saya yakin kebanyakan dari kita pernah mendengar atau terbaca dari pelbagai media, “Negara kita yang tercinta Malaysia sedang berusaha ke arah Negara maju, tetapi, kebanyakan masyarakatnya masih berminda kelas ketiga.” Vandalism adalah kecacatan budaya yang jelas, ianya bukan sahaja di lakukan oleh kanak-kanak atau remaja sahaja, Malah ia juga di lakukan oleh golongan dewasa. Ia bukan sahaja merosak atau mencacatkan harta benda tetapi juga mencacatkan budaya dan moral bangsa. Tidak cukup dengan itu, ia juga mencacatkan perpaduan bangsa.

Bagaimana kita boleh mengelakkan perkara itu berlaku? Saya menegaskan bahawa kejadian ini berpunca dari kelemahan diri sendiri. Ambilah masa beberapa saat, berdiri di hadapan cermin dan mulalah merenung kedalam cermin dan renunglah mata anda sendiri. Sekiranya anda OKU Penglihatan, cubalah anda focus dan mula merenung ke dalam diri anda sendiri sambil meraba bentuk muka anda.

Raba dan rasakan di mana letaknya bahagian atas kepala, dahi, mata, telinga, hidung, bibir, lidah dan akhirnya dagu anda. Setelah kita renung atau raba, tanyakanlah kepada diri anda,”kenapa tuhan jadikan ke semuanya tersusun rapi dan menghala ke hadapan?”
Saya akan cuba mengupas isu ini dan cuba menjelaskan kejadian unik yang menjadi biometric ini.

Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah yang tersembunyi dan terpulanglah kepada anda untuk menerima hakikatnya esok.

TERIMA KASIH

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
13. November 2009.
OKU BOLEH®

http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment