Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Organ ini adalah organ terpenting untuk perhubungan, terutamanya untuk berkomunikasi. Anatominya, ia terletak di bawah hidung, mempunyai sepasang bibir di bahagian luarnya, gigi dan lidah.
Lidah, rahang, gigi serta lelangit berfungsi untuk mengawal getaran bunyi dari pita suara. Bunyi atau suara bergantung kepada fleksibiliti pita suara, rongga di bahagian mulut hidung dan kelembutan lidah itu sendiri.
Sering kita mendengar, lidah yang lembut itu lebih tajam dari mata pedang. Benarkah begitu? Pernahkah kita fikir mengapa mulut itu di letakkan di antara hidung dan dagu? Mengapakah sering di katakan lidah itu lebih tajam dan berbisa dari mata pedang? Saya sengaja mengulangi soalan itu sebanyak dua kali, dan jawapannya hanya mereka yang pernah terkena mata pedang dan lidah sahaja boleh menjawabnya.
Insyaallah saya akan menghuraikan kesemua kejadian unik ini untuk tatapan anda untuk di fikirkan dan bukan hanya di baca sepintas lalu kemudian masih lagi mengulangi kesilapan yang sama. Saya tidak mengharapkan perubahan itu seratus peratus, tetapi perubahan yang akan berlaku itu bukanlah mustahil.
Insyaallah kita jumpa lagi esok.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
18. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Wednesday, November 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment