Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Berjumpa lagi, kali ini saya terus melangkah setapak ke hadapan lagi. Selepas mahkota indah, di bawahnya adalah dahi. Langsung saya teringatkan kebanyakan orang berkata;
Tujuh petanda tua;
1. Bila uban sudah mula berterabur.
2. Bila dahi sudah mula berjalur.
3. Bila mata sudah mula kabur.
4. Bila gigi sudah mula gugur.
5. Bila makan mula minta bubur.
6. Bila melihat tangga mula hendak berundur.
7. Bila rumah berkata ‘Jengah-jengahlah kubur.’
Di bawah dahi pula kita di anugerahkan dengan sepasang mata, (maaf bagi mereka yang OKU Penglihatan terutama yang B1). Dengan mata inilah kita melihat. Kita melihat apa sahaja yang berada di hadapan kita, tidak kira samada perkara yang baik atau yang buruk. 75% proses pembelajaran akan bermula dari sini bermula kita di zaman kanak-kanak sehinggalah ke hari ini. Manakala mereka yang OKU Penglihatan proses pembelajaran ini kebanyakannya dari deria keenam, atau yang sering kita dengar ‘mata hati.’
Di mana letaknya mata hati itu? Saya akan beritahu di akhir siri ini nanti. Kita di kurniakan dengan sepasang mata, malah ke semua haiwan juga di kurniakan juga dengan sepasang mata. Unik, mata manusia terletak 90 darjah menghala kedepan dan tidak seperti makhluk yang lain. Sudah pasti ianya menghala ke depan tidak seperti haiwan yang lain kebanyakannya tidak berada di dalam kedudukan 90 darjah. Sepasang mata yang di anugerahkan tuhan ini ada rahsianya. Dan kenapa ianya menghala ke hadapan juga ada rahsianya.
Insyaallah, saya akan memperjelaskan kenapa ianya berada di dalam kedudukan yang demikian. Untuk mengetahuinya, tunggu hingga siri akhir Memperkemas Budi Pekerti.
Jumpa lagi.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
15. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Sunday, November 15, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment