Saturday, November 14, 2009

MEMPERKEMAS BUDI PEKERTI / MAHKOTA

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Setelah kita merenung atau meraba bahagian kepala kita, ternyata di bahagian atas sekali adalah rambut. Sering kita mendengar, rambut itu mahkota wanita. Maka tidak hairanlah wanita sanggup membelanjakan wang yang banyak untuk menjaga rambutnya sehingga mereka terlupa untuk melindungi dengan tudung sebagaimana yang di tuntut oleh agama islam. Tetapi bukan itu isunya.

Di bawah rambut adalah kulit kepala, selepas itu terdapat sejenis lapisan tulang leper yang keras untuk melindungi otak. Bahagian inilah yang akan saya kupas.

Otak mempunyai dua bahagian iaitu otak kiri dan otak kanan. Di sinilah letaknya kemampuan kita mengimbangi antara imiginasi dan logic. Secara peribadi, saya mengatakan otak adalah merupakan tong sampah kerana ia boleh menerima apa sahaja yang masuk samada melalui penglihatan, pendengaran atau deria yang lain. Tetapi jangan lupa, kemampuan otak adalah begitu tinggi, Ia mampu memproses pelbagai maklumat yang masuk dan mengasingkan yang mana baik dan buruk. Malah otak juga berfungsi sebagai agen menentukan kehidupan kita. Ia mengawal ke semua fungsi dan system di dalam tubuh kita samada kita sedang tidur atau jaga.

Kejadian ini begitu sempurna, Cuma kekadang kita tidak mahu menggunakan kesempurnaan itu. Selain dari berupaya memikir dan membuat keputusan, otak juga menghantar gelombang isyarat seperti isyarat radio ke otak kepunyaan orang lain. Ini di namakan telepathy. Di sebalik itu, kita juga boleh mengawal otak kita. Semasa proses pengawalan ini, otak akan mengeluarkan maklumat kepada kita untuk melakukan kerja-kerja seharian. Otak juga mengawal k esemua pergerakan otot kita termasuk otot di bahagian mulut untuk mengawal pertuturan.

Oleh kejadian ini begitu sempurna, tidak hairanlah tuhan menjadikannya dan meletakannya di bahagian atas sekali dan di lapisi dengan lapisan yang keras dan di hiasi dengan rambut.

Selepas otak, apakah bahagian selanjutnya yang akan saya kupas? Untuk pengetahuan, kupasan saya ini ringkas sahaja. Anda bolehlah mencari info mengenai otak di mana-mana sumber untuk mengetahui dengan lebih mendalam lagi.

Jumpa lagi esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
14 November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment