Thursday, November 19, 2009

MEMPERKEMAS BUDI PEKERTI (LIRIKAN DAN FOKUS)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Beberapa hari yang lalu, mungkin anda telah membaca sesuatu yang membosankan. Walau bagaimanapun, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada anda kerana telah mengikutinya dengan sabar hingga ke hari ini.

Selepas ini anda akan mengetahui betapa uniknya ciptaan tuhan ini. Dan sering kali kita terlepas pandang akan ciptaan ini. Bermula di bahagian atas, iaitu otak, kemudian di ikuti dengan dua organ yang hampir selari, iaitu mata dan telinga. Seterusnya hidung dan mulut.

Ke semua itu mempunyai rahsia yang tersendiri mengapa ianya di cipta demikian rupa. Mata, ianya di letakkan 90 darjah menghala ke depan, sebenarnya tuhan telah memberi petunjuk bahawa kita ini haruslah sentiasa memandang ke hadapan dengan rasional dan optimis. Organ deria ini terus berhubung dengan otak, dan otaklah yang memproses segala apa yang kita lihat di hadapan kita. Adakalanya kita perlu menoleh ke belakang. Tetapi berapa darjahkah kita boleh melihat objek di belakang kita tanpa menolehkan kepala kita? Seterusnya, untuk melihat lebih jauh kebelakang kita perlu memusingkan keseluruhan badan dan ruas tulang belakang itu pula di cipta begitu unik sehingga membolehkan kita memusingkan kepala serta badan. Tidak cukup dengan itu kita juga perlu melirikan mata kita, atau sekali gus kita memusingkan badan kita keseluruhannya.

Fikirkan, dalam sehari, manakah yang lebih banyak kita lakukan, memandang ke hadapan atau sentiasa menoleh atau memusingkan badan?

Sekiranya kita cuba merenung sesuatu, bagaimanakah kita menumpukan penglihatan kita? Kemudian penumpuan kita itu akan tertumpu dimana? Tidak lain tidak bukan, penumpuan ini akan bertumpu ke bahagian otak. Percaya atau tidak, itulah yang di namakan ‘fokus’. Percaya atau tidak, itulah yang di namakan ‘mata hati’. Terfikirkah?

Kupasan saya ini belum selesai. Saya akan kupaskannya lagi esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
19. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment