Tuesday, November 17, 2009

MEMPERKEMAS BUDI PEKERTI (HIDUNG)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Berjumpa lagi.

Struktur ini tidak kurang pentingnya untuk membentuk muka atau biometric seseorang. Malah jika kita mengambil gambar dari tepi, ia juga boleh merubah identiti sekiranya struktur ini di ubah. Malah struktur ini juga memainkan peranan untuk memberikan gambaran samada cantik atau tidak wajah seseorang itu, tidak mengiralah samada lelaki atau perempuan.

Selain dari pipi, hidung juga sering manjadi sasaran cubitan dari seorang dewasa kepada bayi. Adakalanya cubitan itu begitu kasar sehingga membuatkan bayi berkenaan menangis.

Semasa seseorang itu dalam keadaan gembira, sedih, malu, dan apa juga yang melibatkan perasaan, hidung juga memainkan peranan. Hidung akan kelihatan kembang kuncup atau bertukar menjadi kemerah-merahan. Struktur ini mempunyai dua lubang di bahagian kiri dan kanan. Selain di gunakan untuk menarik dan menghembuskan nafas, lubang hidung juga berperanan untuk membantu mengeluarkan bunyi atau suara.

Hidung lebih sensitif dari mata dan telinga seperti di dalam keadaan sesuatu. Deria bau yang ada di dalam ronga hidung juga akan di gunakan untuk mengesan sesuatu terutama yang melibatkan deria ini. Risiko untuk kita jatuh sakit lebih besar pada deria ini. Sebagai contoh, udara yang tercemar akan memudaratkan kesihatan dan boleh menyebabkan kematian, seperti asap, gas beracun, keadaan udara yang lembab dan sebagainya.

Anatomy dan physiology yang saya berikan ini adalah terlalu ringkas. Untuk mendapatkan gambaran atau keterangan yang lengkap, anda boleh merujuk dari mana-mana media atau bahan rujukan.

Esok, saya akan bercerita satu lagi organ yang terdapat di bahagian kepala kita sebelum saya membuat rumusun mengenai ‘memperkemas budi pekerti.’

Insyallah saya cuba memberi kupasan yang mudah di fahami untuk kebaikan kita bersama.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
17. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment