Saturday, November 21, 2009

MEMPERKEMAS BUDI PEKERTI (AKHIR)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Setelah membaca beberapa tulisan saya yang agak membosankan, hari ini tibalah masanya untuk kita mengetahui apakah rahsia sebenar. Hari ini saya akan terus fokus.

Di kalangan kita, berapa ramaikah di antara kita apabila melihat sesuatu terus sahaja menghebahkanya tanpa usul periksa? Begitu juga apabila kita mendengar sebarang cerita, kemudianNya terus menyebarkannya kepada umum? Begitu juga apabila kita berbau sesuatu, terutama bau badan sesorang? Kita terus sahaja berbisik dan menggunakan mulut kita terus sahaja membuat heboh? Mengapakah mulut kita itu yang terletak di bawah tetapi telah mendahului yang di atas, iaitu otak?

Ciptaan unik itu sebenarnya untuk kita berfikir. Kita di beri sepasang mata, sepasang telinga, ada dua lubang hidung serta sepasang bibir. Mengapakah kita sering terlepas pandang? Sebenarnya dengan sepasang mata itu, Maha pencipta memberi isyarat bahawa apabila kita melihat sesuatu, cubalah lihat dengan teliti. Jangan sekali lihat sahaja. Cubalah lihat sekali lagi. Itulah sebabnya kita di beri dengan sepasang mata. Lihat betul-betul sebelum menghebahkannya kepada umum. Begitu juga apabila kita mendengar sesuatu berita itu. Dengar betul-betul kesahihan berita itu.

Apa pula peranan dua lubang hidung itu? Isyaratnya amat mudah. Apabila kita melihat atau mendengar satu perkara, terutama sesuatu yang tidak sahih atau betul. Pandang dua kali atau dengar dua kali. Kemudian, cuba tarik nafas dalam-dalam. Perhatikan apabila kita menarik nafas dalam-dalam, apakah yang kita rasa di bahagian otak kita? Ya, kita akan dapat merasakan satu tenaga yang akan mengalir ke dalam otak kita. Semasa kita melepaskan nafas kita, cuba fikirkan, perlukah kita menghebahkan perkara berkenaan. Kemudian cuba tarik nafas dalam-dalam sekali lagi, dan kita akan dapat rasakan tenaga itu lagi, lepas nafas perlahan-lahan sambil fikirkan, perlukah kita menghebahkan perkara itu?

Bibir pula peranan untuk menutup mulut dan menahan lidah dari mengeluarkan kata-kata. Terutama kata-kata yang tidak benar. Itu bermaksud, sebelum kita melafaskan kata-kata, kita akan menghantarkan ke semua input itu ke otak kita serta memprosesnya. Sekiranya perkara berkenan boleh mendatangkan mudarat, maka lidah kita itu tidak berbisa. Atau tidak setajam mata pedang yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat sekeliling. Sering terjadi perbalahan kerana mulut yang berada di bawah itu mendahului otak atau akal fikiran kita yang di atas.

Sekali lagi, apabila melihat, mendengar atau merasa sesuatu perkara itu, pandang atau dengar sebanyak dua kali, tarik nafas, lepaskan nafas sambil berfikir, tarik nafas sekali lagi, fikirkan samada perlu atau tidak kita melepaskan kata-kata itu. Memang ada kalanya kita tidak sabar. Benar. Tetapi dengan kesabaran kita itu, kita telah berjaya mendidik hati kita. Tidak menghebahkan berita yang kurang benar adalah sebahagian dari budi pekerti. Dan apabila kita membincangkan budi pekerti, definasinya amat luas. Dan apa yang saya ke tengahkan itu adalah sebahagiannya sahaja.

Kata-kata yang bernas itu datangnya dari akal yang bernas bukannya dari hati. Walaupun kata hati itu benar tetapi apabila kita melafaskannya adakalanya tidak benar. Kita mengetahui apa yang kita buat, terutama perkara-perkara yang menyalahi undang-undang, tetapi kita sering tidak mempedulikan kata hati. Sebaliknya kita sering membohongi diri kita dengan membohongi orang lain. Kita boleh membohongi orang lain, percayalah kita tidak boleh membohongi diri kita sendiri. Kita boleh membohongi sesorang pada suatu masa, tetapi percayalah, kita tidak boleh membohongi semua orang dalam satu masa.

Perkemaskanlah budi pekerti kita. Berubahlah untuk kebaikan diri anda dan seterusnya untuk keluarga kita dan seterusnya untuk masyarakat di sekeliling kita.

Selamat maju jaya.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
21. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment