Tuesday, November 24, 2009

LIMA JARI

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Berjumpa lagi.

Kali ini saya masih lagi ingin membicarakan keunikan ciptaan tuhan dan rahsianya iaitu jari jemari kita. Bukakanlah tapak tangan kita dan renungkan tapak tangan kita dan ke semua jejarinya. Masih cukup lima ke semuanya? Alhamdullilah.

Kita mungkin sering mendengar ungkapan ini atau pernah mengungkapkan perkataan ini. ‘Yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.’ Adakah perkataan ini kita ucapkan dengan bersungguh-sungguh atau sekadar hiasan semasa memberi ucapan atau di jadikan sebagai alasan supaya orang lain tidak menyalahkan kita atau mencari kesilapan kita?

Kita juga pernah mendengar ‘Tangan-tangan manusia yang merosakkan muka bumi ini." Tetapi sejauh manakah kita memperakuinya dan menjaga segala kebenarannya? Di sinilah ramai di antara kita terlepas pandang. Walau pun segala peraturan telah di wartakan, tetapi oleh kerana sikap ‘tak apa’ atau ‘kebal’ atau ‘bebal’ inilah yang membuatkan kita tidak menghormati kewujudan kelima-lima jari kita itu. Dengan wujudnya kelima-lima jari itulah samada sengaja atau tidak, kita menconteng dinding lif, tandas, perhentian bas malah di merata tempat lagi. Dengan kewujudan kelima-lima jarilah kita membuang sampah di merata-rata tempat atau membuangnya di tempat yang telah disediakan dengan alasan ‘tak apa’ atau ‘sikit je’. Yang paling menyedihkan dengan lima jari ini juga ada pihak tertentu memusnahkan alam dengan alasan kemajuan, walhal kelima-lima jari telah mencongak berapa keuntungan yang bakal di perolehi.

Kita sering di hidangkan dengan berita-berita ini di media massa. Bukit yang di tarah atau di gondolkan tanpa mengikut peraturan, akhirnya terjadinya tanah runtuh yang mengorbankan nyawa. Pembuangan bahan toksid atau bahan cemar sehingga mencemarkan dan memusnahkan kehidupan di dalam sungai tersebut. Lebih malang apabila air sungai sudah tidak selamat lagi untuk di minum. Membina dan memajukan ladang ternakan di mana akhirnya mencemarkan suasana, keharmonian, punca air, serta habitat kehidupan yang lain.

Kesemua itu berpunca dari kelima-lima jari kita. Oleh itu, bersyukurlah kepada Maha pencipta dengan menjaga kelima-lima jari kita dan lima waktu kita. Saya ingin memetik kata-kata atau dialog dari sebuah stesen radio swasta, ‘Kita hanya meminjam bumi ini yang di warisi oleh anak-anak kita.’ Fikirkanlah bersama-sama.

Insyaallah.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
24. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment