Wednesday, November 4, 2009

LIHAT SIAPA KAWAN KAWAN KITA.

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Tidak di nafikan kita hidup di dalam satu kelompok masyarakat. Dan di dalam kelompok itu, sudah tentunya terdapat beberapa kelompok kecil. Di dalam kelompok kecil itu akan wujud beberapa kerenah dan perangai manusia, sikap, sifat, kegemaran dan pelbagai tabiat lagi.

Di dalamnya ada orang itu tidak suka orang ini dan sebagainya. Kenapa itu berlaku? Ini adalah di sebabkan tidak ada persefahaman, pendirian, pendapat dan pelbagai isu lagi yang boleh di bentangkan.

Mengapa pula orang ini boleh rapat dengan orang itu pula? Jawapannya adalah mudah, mereka ada persefahaman, pendapat, kegemaran dan lain lagi. Maka dari itu lah kita boleh mengenali siapa diri kita.

Pada umumnya, kita akan begitu rapat dengan orang yang mempunyai pendirian, pendapat, hobi dan beberapa perkara asas yang lain. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kegemaran memasak dan mengumpul resepi, sudah tentunya mereka ini akan rapat dan sering bertukar fikiran walaupun kekadang dalam bertukar fikiran itu mereka mula mengumpat, dalam pada masa itu, mungkin terdapat salah seorang dari mereka akan mengundurkan diri kerana tidak mahu terlibat di dalam aktiviti yang tidak bermoral itu.

Tidak mustahil kiranya individu yang mengundurkan diri itu akan terus mengundurkan diri atau terus di ketepikan oleh kelompok itu.

Secara ringkasnya, untuk mengenali siapa kita, lihatlah siapa kawan-kawan kita. Secara tidak langsung, kita juga akan mempunyai perkara yang sama dengan kelompok yang kita sertai itu.

Dalam keadaan kita berhati hati memilih kawan, tidak di nafikan ada kalanya kita juga akan terperangkap. Ini adalah disebabkan kita mempunyai sedikit kecenderungan untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Fikir-fikirkanlah sejenak, lihatlah ke dalam diri kita dan lihatlah siapa kawan-kawan rapat kita.

Saya ingin menarik peribahasa ini, jika kita berkawan dengan penjual minyak wangi, sedikit banyak kita akan mendapat baunya. Sekiranya kita berkawan dengan tukang besi, sedikit banyak kita akan mendapat karatnya.

Sama-samalah kita fikirkan dan merubah diri kita menjadi lebih baik dari sebelum ini.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
04. November 2009.
OKU BOLEH®


*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment