Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Lihat sekeliling kita. Pelbagai fesyen, warna dan tema orang berpakaian. Ada yang mengikut trend masa kini, ada yang out off date, ada yang selamba sahaja dan pelbagai ragam lagi.
Mari kita lihat cara berpakaian kita, pakaian casual atau pakaian seharian kita.
Di sini ada sedikit perbezaan antara lelaki dan perempuan, umur, adat resam, fahaman ugama dan beberapa faktor lain.
Dari situ, kita akan dapat mengetahui dari kelompok mana kita datang. Sebagai contoh, seorang ahli sukan, kebiasaanya mereka ini akan memilih baju, seluar, kasut yang sesuai dengan jiwa mereka yang berwatak pantas dan cergas. Pemuzik, mereka akan mengenakan pakaian yang mengikut tema musik mereka. Mereka yang cenderung kepada ugama, lelaki biasanya akan memakai kopiah, songkok, serban atau apa saja yang di gunakan untuk menutup kepala mereka kecuali topi koboi, topi Jefry din atau topi biasa sahaja.Tetapi bagi mereka yang memakai serban, mereka terkecuali dari memakai topi kaledar ketika menunggang motosikal. Manakala perempuan pula, mereka ini akan cenderung untuk memakai mini telekung atau tudung bulat dan labuh.
Ini adalah beberapa perkara yang amat mudah untuk kita kenali. Dan kebanyakan dari mereka akan berkumpul di dalam kelompok yang sama. Mungkin agak janggal apabila seorang perempuan bertudung labuh berjalan atau bergaul dengan perempuan yang berbaju tanpa lengan dan berseluar pendek walau pun dari kelompok fahaman ugama yang sama atau berlainan fahaman ugama. Pakaian penyanyi rock juga berbeza dengan pakaian penyanyi pop, nasyid dan sebagainya.
Kesimpulannya, pakaian kita adalah keterampilan kita. Itulah imej diri kita. Lihatlah pakaian seharian kita. Lihatlah kawan-kawan kita. Kenalilah siapa diri kita. Kita adalah kita. Kita tidak akan jadi orang lain. Buktinya, bagi orang lelaki melayu, berapa lamakah kita boleh bertahan memakai baju melayu semasa sambutan hari raya?
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
05. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Thursday, November 5, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment