Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Membaca itu adalah jambatan ilmu, tetapi apa yang saya tahu, rakyat Malaysia masih kurang membaca. Tetapi itu tidak bermakna rakyat Malaysia kurang berilmu.
Cara ketiga yang saya ambil dari senarai pendek ialah, lihat apa yang kita baca.
Jika di letakkan kepada kita senaskah akbar harian (terutama orang celik di hadapan kita,, cuba fikirkan dan perhatikan ruangan manakah yang kita akan selak dan cari untuk di baca? Kadang-kadang kita akan menyelak helaian akhbar itu sekali lagi untuk kita memastikan kita berada di helaian yang betul.
Pada kebiasaannya, seorang ahli sukan akan menyelak helaian yang terakhir, kerana di situlah letaknya berita-berita sukan. Tetapi pada golongan tertentu, mereka juga akan mencari helaian terakhir ini pada hari yang tertentu dan mencari satu ruangan, kemudian menepuk dahi dan jarang sekali bersorak gembira. Golongan ini adalah peminat sukan lumba kuda, sukan toto dan aktiviti yang perkaitan dengan angka.
Di ruangan tengah pula, kebanyakan akhbar ruangan ini di muatkan berita-berita hiburan, artis, musik, filem dan sebagainya. Kemudian sebahagian dari pembaca akan mencari satu ruangan, ia itu gossip. Pelik tapi benar, ruangan inilah yang paling popular. Kemudian tanpa usul periksa mereka mula menyebarkanya dan mula menokok tambah. Sedangkan kesahihanya belum tentu pasti. Anehnya mereka ini seronok melihat orang lain bergaduh sesama sendiri, kata mengata, kutuk mengutuk. Inikah budaya kita?
Terdapat satu golongan lagi, mereka ini akan membuka helaian di antara muka depan dan muka tengah, siapakah mereka ini? Di helaian ini biasanya di muatkan dengan berita ekonomi, politik dan motavasi. Pada kebiasanya mereka yang meminati ruangan ini dan mereka yang meminati helaian terakhir ini nampak sihat dan ceria kecuali mereka yang meminati ruangan terakhir pada hari tertentu sahaja.
Manakala mereka yang mula membaca muka hadapan sahaja, kemudian melupakan helaian yang seterusnya, mereka ini up to date, tetapi sayangnya cuma handal di kedai kopi sahaja.
Pendapat di atas adalah hasil kajian rambang semasa seminar. Dan lebih dari 80% peserta yang mengambil bahagian dalam kajian ini bersetuju dengan kajian yang telah di buat ke atas diri mereka sendiri.
Bukan itu sahaja, mereka atau diri kita boleh kita nilai dengan apa yang kita tonton, dengar, ceritakan dan beberapa kategori lagi. Ini juga termasuk laman web manakah yang sering kita lawati.
Dan saya yakin, persamaan ini juga ada kepada mereka yang OKU penglihatan. Mereka juga membaca, menonton dengan telinga, mendengar, berinteraksi dan sebagainya.
Kehidupan OKU Penglihatan adalah sama dengan kehidupan orang celik kecuali mereka ini tidak boleh melihat atau dengan penglihatan yang terhad.
Sama-samalah kita fikirkan dan kajilah diri kita sendiri, siapakah kita dan di manakah kita berada. Arus perubahan itu ada di hadapan kita, hanya kita sahaja yang menentukan samada kita mahu berubah atau tidak.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
06. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Friday, November 6, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment