Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Topik ini saya tulis secara spontan di atas permintaan Pentadbir OKU BOLEH, Puan Zubaidah Ayob.
Bila di sebut sebagai lelaki sejati, ianya boleh di sentuh dari pelbagai sudut. Ia akan melibatkan aspek rohani dan jasmani, maka definasinya amat luas.
Perwatakan.
Semestinya lelaki yang sejati ini akan mempunyai perwatakan yang menarik. Tetapi tidak semua perwatakan itu boleh menarik semua orang kerana ada sebahagian dari kita tidak berapa suka kepada lelaki yang banyak ketawa, ada juga tidak suka kepada lelaki yang suka bergurau dan pelbagai lagi.
Memanglah setiap lelaki yang di lahirkan itu mempunyai perwatakan mereka yang tersendiri. Kesemuanya mempunyai keistimewaan tersendiri dan kelemahan tersendiri, yang paling penting, jadilah diri kita yang sebenar. Usah di tiru gaya atau cara orang lain, kerana jika kita hanya berpura pura, lama kelamaan warna kita yang sebenar akan terserlah juga. Terpulanglah kepada diri kita untuk memilih cara mana perwatakan diri kita.
Memang benar, dunia ini umpama pentas lakonan dan kita adalah pelakon babak-babak atau episode lakonan itu. Berbeza dengan lakonan di pentas filem atau drama. Watak itu beri oleh pengarah filem atau drama tersebut. Di dunia nyata, perwatakan kita ialah apa yang telah kita lakukan seharian dari mula kita mengenali dunia ini sehingga kini.
Jadi, pilihan adalah di tangan kita dan kita sendiri yang mengetahui siapa diri kita yang sebenar. Tiada manusia yang sempurna di dalam dunia ini.
Keterampilan.
Pamerkan keterampilan diri anda sebenar. Cara kita bercakap, cara kita berpakaian, cara kita berjalan, cara kita duduk, cara kita menghias diri dan pelbagai isu lain lagi mengenai keterampilan diri kita.
Terlalu banyak tips dan panduan di media yang memperkatakan tentang keterampilan diri. Jadi, pilihlah yang mana mengikut kemampuan kita. Hanya kita sendiri sahaja yang mampu mengubah cara penampilan diri kita. Orang luar, hanya bersifat pendorong sahaja dan kitalah pelaksananya. Maka, pilihlah mana satu yang terbaik untuk kita.
Emosi.
Kebanyakan wanita tidak suka kepada lelaki yang tidak boleh mengawal emosinya. Tetapi harus di ingat, emosi ini adalah sesuatu yang di luar jangka. Berhati-hatilah, di khuatiri ketika lelaki berkenaan berada di dalam keadaan ini. Membiarkan lelaki ini seketika adalah lebih baik dari terus mendesak.
Sikap ini bukan saja ada pada lelaki, malah ada pada semua orang. Apabila keadaannya sudah tenang, pasti lelaki ini akan berada di paras normal kembali dan memperlihatkan warna asalnya.
Oleh kerana saya di beri soalan secara umum, maka jawapan saya juga secara umum juga. Yang paling penting bagi saya, kenalilah diri kita sendiri, perbaikilah diri kita sendiri. Jadilah diri kita sendiri berfikirlah secara rasional serta berfikiran matang.
Umur hanyalah angka dan bukan kayu pengukur untuk mengukur tahap kematangan sesorang itu.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
12. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment