Wednesday, November 25, 2009

LAGI PERIHAL LIMA JARI

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Berjumpa lagi.

Semalam kita telah membincangkan bagaimana kelima-lima jari kita itu telah mencacatkan keindahan alam ini. Hari ini pula saya masih ingin mengajak anda bersama-sama merenungkan ’yang baik datang dari Allah, dan yang buruk itu datangnya dari diri kita sendiri.’ dan ‘Tangan-tangan manusia yang merosakkan muka bumi ini. ’Sekali lagi, marilah buka minda kita dan bukakanlah tapak tangan kita sambil membaca apa yang ingin saya sampaikan.

Saya yakin apabila kita di lahirkan ke muka bumi ini, kita di sambut dengan gembira oleh sanak saudara kita. Kita akan di raikan dengan penuh meriah serta di sambut dengan beberapa istadat kepercayaan kita. Apatah lagi kita telah di lahirkan dengan sempurna, cukup sifat dan comel.

Yang paling penting, segala apa yang Allah berikan kepada kita itu semuanya percuma. Kita dapat apa yang ada pada diri kita itu percuma, kepala, tangan, kaki, badan dan ke semuanya adalah percuma. Sejauh mana kita menghargai yang percuma itu. Semasa kita masih bayi, demam, batuk, selsema serta beberapa masaalah kesihatan kecil itu adalah biasa. Kecuali di dalam kes yang tertentu, sebahagian dari kita telah pun menghadapi masaalah di luar dugaan. Apabila kita mula meningkat remaja, masaalah yang lazim ialah jerawat. Apabila kita mula meningkat dewasa, beberapa masaalah lain mula timbul, sembelit, migraine, dan sebagainya. Manakala apabila kita mula meningkat ke angka empat puluhan, penyakit yang lazim ialah darah tinggi, sakit jantung, kencing manis dan lebihan berat badan. Mengapa ini berlaku?

Pemakanan. Ya, kita tidak memperdulikan kaedah pemakanan kita. Pakar Pemakanan telah berkata, ‘75% punca penyakit datangnya dari perut atau usus’ Kita mengambil serta menyuapkan makanan ke mulut kita dengan kelima-lima jari kita. Kita akan makan dan makan mengikut selera kita sahaja tanpa memperdulikan kesihatan kita.

Kita tidak minum air yang cukup, kita tidak memakan sayur-sayuran, buah-buahan dengan alasan, tidak sedap, tidak berselera, tidak ada kelas dan pelbagai alasan lagi. Sehinggalah kita jatuh sakit. Apabila kita telah jatuh sakit, barulah kita mula menyedari betapa pentingnya kesihatan kita yang telah kita musnahkan dengan kelima-lima jari itu.

Pada waktu ini, kos untuk mendapatkan kesihatan kita semula adalah tinggi.
Walau pun masih belum terlambat, mengapa kita tidak menjaga ke semuanya itu yang telah Allah berikan kepada kita itu secara percuma? Kita tidak boleh menyalahkan kelima lima jari kita itu. Kerana kelima-lima jari itU cuma tools, atau peralatan sahaja. Sebaliknya kefahaman kita untuk menghargai yang percuma itu adalah penting. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi yang percuma kita pandang dengan remeh atau tidak bernilai. Oleh itu, pandanglah kelima-lima jari anda itu dengan nilai yang amat tinggi supaya ianya boleh mendatangkan manfaat kepada diri kita, alam dan masyarakat.

Gunakanlah kelima-lima jari kita dengan kebaikan. Hargai dan hormatilah kelima-lima jari kita itu yang telah di berikan dengan percuma. Dan jangan lupa, kita mempunyai tugasan penting sebanyak lima kali sehari untuk menegakkan kelima-lima rukun anutan kita itu.

Insyaallah.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
25. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment