Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Biasanya kita mendengar ’kita merancang, allah menentukannya.’
Tetapi siapakah sebenarnya yang memegang kuasa penentu itu?
Ramai akan terpinga-pinga bila saya cuba menerangkan kedudukan sebenar. Pada awalnya ia seolah-olah membelakangkan hukum tuhan, tetapi itulah reality hukum alam.
Izinkan saya untuk memperjelaskan apa itu kuasa penentu itu dahulu. Bila kita kaitkan ‘kuasa’ dengan individu, ini akan mengambarkan seseorang yang berkuasa. ‘Berkuasa’ memang menjadi idaman setiap manusia di muka bumi ini, percayalah. Untuk mendapatkan kekuasaan, manusia sanggup melakukan apa sahaja sehingga melanggar batas norma kemanusian. Dengan ‘kuasa’ yang berada di tangannya, manusia akan merasakan dirinya selamat sehingga salah guna kuasa. Tidak mengiralah kedudukan mereka di mana, dalam pertubuhan, di dalam persatuan di dalam kelompok masyarakat dan sebagainya.
Mereka ini akan berjuang habis-habisan untuk mendapatkan ‘kuasa’ itu. Penentu, mungkin juga boleh dikaitkan dengan ketetapan atau penetepatan. Perkataan ini agak sukar untuk di jelaskan kerana ianya bergantung kepada ayat awal dan akhir di antara ‘penentu’ itu. Mungkin boleh di ringkaskan atau di perjelaskan dengan soalan ini.
‘Siapakah yang menentukan kejayaan anda?’
‘Siapakah yang mengarahkan awak kerja di sini?’
‘Mengapa awak ponteng sekolah hari ini?’
Jawapan kepada soalan itu boleh di terjemah kepada jawapan atau kepada perkara-perkara samada perkara yang baik atau perkara yang buruk. Tetapi sebelum perkara itu berlaku, siapakah yang membenarkan perkara itu berlaku?
Saya yakin, anda mempunyai akal fikiran yang waras. Anda boleh berfikir dan bertindak dengan baik jika anda benar-benar memahami apa itu ‘muhasabah, rasional dan fokus.’ Sekali lagi saya ingin bertanya, siapakah yang membenarkan anda melakukan sesuatu perkara itu?
Di dalam seminar saya, biasanya bila di ajukan soalan ini, bilik akan menjadi senyap seketika. Mungkin masing-masing cuba mencari jawapan yang samar atau kabur. Atau mungkin saya bermain dengan teka-teki.
Baiklah.
Jawapan yang sebenarnya adalah diri sendiri. Anda sendiri yang mempunyai kuasa penentu itu. Saya ingin memberi satu contoh.
Anda inginkan sebuah kereta mewah, maka anda bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat anda. Anda gunakan segala daya dan usaha, malah apa sahaja yang ada di sekeliling anda. Apa akan terjadi jika anda mengeluarkan salah satu perkataan ini, ‘tidak, malas, leceh, bosan, susah, jauh dan ada beberapa perkataan lagi.’ Atau salah satu dari dua perkataan ini, ‘tidak boleh, tidak sedap, tidak mahu, dan banyak lagi perkataan seumpamanya.’ Dan, apa yang terjadi ialah, anda telah kehilangan fokus. Dan anda sendiri yang telah menentukan anda tidak akan melakukannya. Setelah gagal, alasan yang terbaik ialah, ‘kita merancang, tapi allah menentukannya.’
Lain halnya jika anda telah pun merancang dengan teliti, tiba-tiba datang masaalah yang tidak terduga, seperti bencana alam, kemalangan, mungkin kereta anda rosak, kematian, terputus bekalan eletrik, temu janji anda di batalkan dan sebagainya. Sedarlah, bahawa kuasa penentu itu sememangnya ada di tangan kita, bukanya di tangan orang lain. Allah hanya akan mengizinkannya sahaja.
Sekarang ini, saya yakin anda sudah mula memahami apakah kuasa penentu itu. Gunakanlah kuasa itu dengan sebaik-baiknya, tidak membawa kerosakan kepada alam ini. Tidak memudaratkan orang lain seperti memfitnah, mencari dan memperhebahkan rahsia orang lain. Tidak memutuskan silaturahim. Malah pelbagai perkara lagi yang boleh di kaitkan.
Fikirkanlah sejenak, jika kita tidak mahu seseorang itu melakukan sesuatu perkara yang tidak baik kepada kita, elakkanlah dari melakukan perkara yang sama kepada orang lain.
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
01. November 2009.
OKU BOLEH®
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Sunday, November 1, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment