Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.
Pakar saikologi berpendapat bahawa golongan ini mempunyai lebihan tenaga. Tapi malangnya mereka ini telah menyalurkan tenaga mereka di tempat yang salah. Golongan ini juga memiliki lebihan masa di dalam kehidupan mereka, sayangnya mereka tidak dapat memanfaatkan masa yang mereka miliki.
Para saikologi juga mengatakan, golongan ini menghadapi masaalah tekanan jiwa yang memungkinkan mereka ini mencari jalan untuk membuat perlakuan yang bertentangan dengan norma kehidupan manusia sejagat.
Mencari dan menyebarkan cerita cerita yang mereka dengar dari orang lain itu seolah olah sudah pun menjadi ulam dalam kehidupan seharian mereka. Golongan ini akan menjadi resah jika tidak ada sesuatu berita yang ingin mereka sebarkan, lalu mereka menggunakan masa dan tenaga mereka untuk mencari dan menyebarkan apa saja cerita atau berita yang mereka dengar, dan untuk menambah nilai berita mereka, mereka akan menokok tambah berita ini.
Perasaan dendam, iri, cemburu dan pelbagai lagi sifat hasad dan dengki sentiasa bermain di hati mereka. Pelik tapi benar, kebanyakan dari mereka ini tidak menyedari penyakit jiwa itu. Mereka akan sentiasa menanggap diri mereka itu Mr. atau Ms Perfect.
Sekiranya anda merasakan anda adalah terdiri dari golongan ini, bagaimanakah caranya anda hendak mengatasinya? Insyaallah, saya akan memberikan beberapa tip’s atau panduan untuk mengatasi tabiat ini. Tetapi harus di ingat itu adalah sebagai panduan sahaja. Halangan utama untuk melaksanakan panduan itu adalah diri anda sendiri kerana saya hanya mampu memberi sedikit panduan sahaja. Pelaksana sebenar adalah anda sendiri.
Jumpa lagi esok dalam siri ‘Perkemaskan budi pekerti’ ’
TERIMA KASIH.
OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!
©MODERATOR.OKUBOLEH
12. November 2009.
OKU BOLEH®
http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh
*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh
Thursday, November 12, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment