Wednesday, November 11, 2009

KEMAMPUAN (4)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Tidak semua manusia di muka bumi ini mempunyai kemampuan ini. Kemampuan ini begitu istimewa sekali. Ia mempunyai keistimewaan tersendiri kerana ia memiliki nilai moral dan kemanusiaan yang begitu tinggi sekali.

Kemampuan yang saya maksudkan ialah ‘kemampuan menahan nafsu amarah’. Ini adalah merujuk kepada sepotong ayat yang bermaksud ‘sabar itu sebahagian dari iman’, itulah maksud dari kitab suci Al-Quran. Marah, ya, kita akan marah bila kita di dalam sesuatu keadaan. Tidak kiralah di dalam keadaan apa sekali pun. Kita mungkin boleh memberi alasan bahawa si polan mengganggu. Harus di ingat, itu cuma penyebab sahaja.
Bagaimana kita boleh marah?

Jawapannya tidak lain tidak bukan, kita telah mengizinkan diri kita untuk marah. Tanpa kita sedar, apabila kita telah mengizinkan diri kita untuk marah kita telah menggunakan lebih banyak tenaga. Buktinya, apabila kita marah, kita akan dapat merasakan degupan jantung kita lebih kencang, nafas kita semakin laju, kawalan diri dan emosi terganggu, proses pengeluaran hormon penting ke dalam tubuh tidak stabil, kesihatan mula terganggu dan banyak lagi perkara buruk akan berlaku apabila kita mula marah.
Ada juga pendapat mengatakan, mereka yang cepat marah akan kelihatan lebih tua, berbanding mereka yang dapat menahan kesabaran.

Mereka yang marah juga akan mengukir muka masam. Pakar-pakar physiotherapy mengatakan, apabila kita membentuk muka masam, kita akan menggunakan lebih dari 28 otot muka berbanding dengan kita hanya menggunakan sebanyak 8 jenis otot untuk mengukir senyuman.

Bayangkan, betapa susahnya muka kita untuk membentuk muka masam berbanding dengan mengukir senyuman. Kemampuan kita untuk menahan marah memang begitu istimewa dan mempunyai nilai yang tinggi. Tetapi persoalannya sekarang, bagaimana pula dengan orang yang mendatangkan marah?

Tunggu esok.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
11. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment