Tuesday, November 10, 2009

KEMAMPUAN (3)

Assalamualaikum dan Salam Gagasan 1 Malaysia.

Kali ini saya cuba untuk mengupas sedikit tentang kemampuan diri mengenai ekonomi pula. Bagai mana kita berbelanja? Adakah kita berbelanja mengikut keperluan atau kemahuan?

Pernahkah kita fikirkan atau mengenal pasti antara keperluan dan kemahuan?
Secara ringkas, keperluan adalah sesuatu item asas yang kita perlukan, seperti makanan, pakaian, kediaman dan lain lain lagi.Manakala kemahuan adalah naluri kita untuk memiliki keperluan asas itu. Sebagai contoh, keperluan kita untuk pakaian yang selesa dan menutup aurat bagi orang islam, tetapi tidak dinafikan kebanyakkan dari kita inginkan memakai pakaian yang berjenama. Makanan, makanan asas bagi orang-orang Malaysia adalah nasi, kekadang kemahuan kita itu inginkan masakan di restoran ternama. Telefon bimbit, kita memerlukannya untuk berhubung, tetapi alangkah membazirnya jika kita membeli telefon bimbit yang mahal, tetapi kita hanya menggunakan fungsi asas sahaja sedangkan fungsi asas itu ada di telefon bimbit yang berharga murah. Kita tidak pedulikan pun sebahagian besar fungsi di dalam telefon bimbit mahal itu, dan anehnya setengah dari kita tidak tahu langsung menggunakan kemudahan canggih di dalam telefon bimbit itu.

Disinilah letaknya kemahiran kita untuk menilai yang mana satu keperluan dan kemahuan. Alangkah baiknya jika wang yang berlebihan itu kita tabungkan dimana-mana akaun simpanan untuk menampung waktu kecemasan. Ada baiknya jika menilai sesuatu barangan itu sebelum kita membelinya supaya kita tidak membazirkan wang kita.
Banyak lagi barangan keperluan yang kita ingin beli, dan fikirkanlah kemahuan kita itu samada barangan itu adalah keperluan atau kemahuan.

Keperibadian kita bukan di pandang dari barangan mewah yang kita beli. Apalah gunanya jika kita memiliki barangan mewah sedangkan sikap sebagai seorang ahli masyarakat tidak semewah barangan yang kita miliki.

TERIMA KASIH.

OKU BOLEH:
BERSAMA MENJAYAKAN GAGASAN 1 MALAYSIA.
OKU BOLEH!

©MODERATOR.OKUBOLEH
10. November 2009.
OKU BOLEH®


http://okubolehgooglegroups.blogspot.com
http://groups.google.com.my/group/oku_boleh

*Amaran-hak cipta terpelihara.
Di larang menyalin atau menyiarkan semula (moderator.okuboleh) dalam sebarang bentuk tanpa izin dari moderator.okuboleh

No comments:

Post a Comment